Isnin, 7 September 2009

Khamis, 3 September 2009

Hukuman Ta'zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

Orang Yang Bodoh Je Tolak

Puasa memberi sejuta erti kepada penganut agama samawi yakni Agama Islam. Bulan yang dilimpahi berkat dan kerahmatan dari Allah SWT. Bulan yang di dalamnya turunnya Al-Quran sekitar 1430 tahun yang lampau, kitab suci yang di dalamnya tercatat fitrah hidup bagi menjadi panduan kepada manusia. Bukan sekadar sebuah buku yang hanya menekankan soal agama tapi sebuah kitab yang menekankan semua aspek kehidupan dari mandi hingga ke politik. Tidak terkecuali satu pun dalam kitab suci ini. Sesiapa yang mengaku dirinya seorang muslim dan mempertikaikan isi kandungan kitab ini secara automatik terkeluar dari Islam.

Adakah agama dan politik perlu dipisahkan?

Aku minat untuk ulas semua ni. Bukan sebab aku seorang yang pandai tapi aku punya fikiran yang waras untuk mengungkai tentang ni. Hanya orang yang mengaku dirinya 'pandai' sahaja boleh cakap Islam dan Politik perlu dipisahkan. Bodoh macam keldai orang yang cakap macam ni. Islam dan politik tidak dapat dipisahkan walaupun seinci sebab dalam Islam sendiri menyebut tentang tanggungjawab seorang pemimpin dalam memimpin organisasi dan seterusnya negara. Jelas dalam Al-Quran menyebut tentang permasalah kepimpinan ni.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Nak lagi huraian masuk link ni.
http://www.danialzainalabidin.com/2008/03/06/berhati-hati-memilih-pemimpin/

Hudud Dan Qisas..Relevankah?

Jahil + bodoh manusia yang cakap hukum hudud tak relevan dalam negara ni. Pe ke bengap sangat la manusia macam ni. Tak pun dia takut dengan bayang-bayang sendiri jika hukum ini dilaksanakan. Hukum ini sesuai bagi semua masa dan keadaan. Kes seorang model yang dihukum sebat 6 rotan oleh mahkamah syariah Kuantan pun jadi isu besar. Masa tu lahirlah Ulammak-ulammak yang nak jadi ulama' bercakap pasal hukum ni. Zalimlah, itulah, inilah dan macam-macam lagi yang aku fikir macam orang yang xdak pendirian agama dalam dirinya. Cakap menteri tapi bodoh macam sial nak mampus. Sebelum cakap kaji dulu rasional nak cakap jangan pakai bedal je. Hukum hudu, Qisas ni diadakan untuk orang beragama Islam ja tapi kalau ada yang beragama lain nak ikut dialu-alukan. Ni peringatan allah kepada yang ingkar hukum-hukum Dia:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

wallahualam

Ahad, 23 Ogos 2009

Harini Cakap Pasal Bodoh

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratu l ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Nilai Sebenar Cintamu Padaku..

Apa ke bodohnya seorang manusia yang terlalu ego sehingga menilai orang lain lebih buruk atau kurang dari segi segalanya dari dirinya. Adakah seorang lelaki yang terlalu ego ini mungkin menyalahertikan niat baik orang lain?

Aku ungkapkan lelaki ini sebagai orang yang gila! Gila bayang! Gila sehingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain tanpa mengerti nilai segunung maruah. Nilai kehormatan diri orang lain. Nilai sebuah titian persahabatan, nilai sebuah keharmonian, nilai sebuah perpaduan, nilai sebuah erti harga diri.

Aku masih memendam rasa dengan apa yang telah terjadi pada diriku. Adakah salah aku ingin membantu tanpa memendam perasaan lain selain hanya ingin membantu. Bodoh lelaki yang tidak mempercayai pasangan sendiri. Bodoh seorang lelaki yang terlalu ego sehingga menjadikan seorang wanita menangis tersedu-sedu.

Adakah dia menilai setitis air mata wanita?
Apakah dia mengerti nilai air mata wanita itu?

Cuba nilai dan perhatikan nilai itu. Tidak bolehkah dia bertanya sedikit secara lembut apa yang sebenarnya terjadi?

Salahkah dia membuang ego bagi memberikan sedikit ruang kepada wanita itu bersuara? Cinta bukan hanya dinilai dari ungkapan 'Aku sayang kamu', 'I love u', 'kau yang kucintai' atau lain-lain ungkapan yang biasa didengar dari seorang kekasih.

Nilai sebenar cinta bukan pada tiap-tiap hari meng'ganggu' si kekasih dengan panggilan manja. Bukan hanya dengan ungkapan 'racun' SMS yang boleh dimanipulasikan oleh sang kekasih.

Nilai sebenar cinta adalah keluhuran hati dalam memahami nilai cinta itu. Berkorban sedikit kepayahan dan kesenangan dalam mendalami cinta itu yang sebenarnya. Jadilah seorang kekasih yang memahami nilai cinta. Cinta bukan sekadar ungkapan tapi cinta dalah perwatakan.

Aku malas nak menghuraikan nilai cinta yang sejati. Aku bukan sang pen'jiwang' yang tahu nilai cinta. Yang aku tahu hanya untuk membahagiakan pasangan aku. Siapa dia pasangan aku masih dalam penantian. Cukuplah celoteh pelepas geram aku.

Pokok

Benarkah?

Pelik tapi benar kalu aku ceritakan pe yang terjadi pada diriku malam tadi..Teruja dan bersyukur dengan kedatangan ramadhan yang memberikan aku sejuta petunjuk kebesaran dan keagungan Pencipta Alam ini.

Malam tadi 'blackout' kat kampung aku dari petang sampai ke malam jadi kami berbuka dalam suasana 'gelap' disimbahi cahaya dari pelita minyak 'gas' (minyak tanah tapi kampung aku panggil minyak gas). Lepas selesai berbuka aku pun rest la jap tunggu masa nak solat maghrib. Aku mandi, then aku pun solat. Solat maghrib dengan rasa syukur pas berbuka tadi.

Lepas je solat aku capai kunci kereta aku then aku panaskan enjin kereta nak pi masjid untuk solat isyak dan terawih. Suasana masih dalam keadaan gelap, terputus bekalan elektrik lagi. Bila terputus bekalan elektrik, kipas tak dapat berfungsi. Panas je dalam masjid tu. terlintas dalam hati nak solat 8 rakaat je terawih sebab panas je badan ni. Dalam rakaat ke 8 terlintas dalam hati aku macam ni :

"Allah kalau bagi angin sikit kan best, sejuk la sikit kat dalam masjid ni"

Habis ja solat ke 8 rakaat nak bangun solat terawaih seterusnya tiba-tiba elektrik ada dengan kipas angin menghala ke arah aku. Aku teringat ceramah sambutan puasa minggu lepas. Ustaz Zawawi (imam Masjid Iboi, Kupang, Baling, Kedah) ada cakap bulan Ramadhan merupakan bulan mustajab doa. Bukan pada waktu-waktu tertentu tapi 24 jam. Anytime, anywhere. Kalau yang terlintas dalam hati pun termakbul inikan pulak kalau kita bermunajat dengan penuh tawaduk pada Allah SWT pasti doa kita dimakbulkan.

Moral dari cerita aku ni, marilah kita sama-sama beramal dan memeriahkan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran dan kehambaan pada Dia moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang Nabi Muhammad SAW sebut sebagi golongan yang CELAKA (kalau bahasa yang kasar lagi boleh disebut sebagai haram jadah, peliaq) kerana tidak berubah dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan pengampunan dan rahmat dari Allah SWT.

Khamis, 20 Ogos 2009

Hasbiyallah. Cukuplah DiriNya Pada Diriku

Pe kejadah la manusia ni..aku pun hairan la..Mungkin bodoh sombong, ego, yakin diri sendiri lebih hebat walau tak sehebat mana pun.

Itu apa yang terpikir dalam fikiran aku yang agak bangang ni.Ni yang terjadi pada aku tengahari semalam.Seorang lelaki yang aku fikir tergugat dirinya dengan 'kehadiran' aku dalam hubungan dengan pasangannya.

Ceritanya begini..
Kawan aku seorang perempuan (pernah jadi girlfriend aku) minta tolong aku nak pinjam duit.Kerana sifat aku menghargai dirinya yang pernah menyayangi aku, aku pun cakap ok lah aku bagi pinjam.Then tengahari smlm aku pun tipon lah minah ni minta no akaun nak bank in duit.Tak sampai 1 minit ada sorang budak laki ni tipon aku cakap pakwe kawan aku ni siap tinggi suara cakap makwe dia pinjam aku berapa juta.Dia nak bayar balik hutang makwe dia.Aku cakap makwe dia hutang aku RM1000 padahal kawan aku tu pinjam RM100 je tapi sebab dia maki aku jadi aku cakap la RM1000.Aku bagi no akaun Bank Islam aku suruh dia bank in semula tapi sampai saat ni tak de sesen duit pun masuk dalam akaun aku.

Aku tak kisah la kawan aku nak pinjam duit sebab aku tau dia bukan mampu pun dengan gaji dan hidup dia di Klang tu.Aku rasa budak laki tu pun sama gak taraf hidup dengan kawan aku tu.Jadi aku cuma nak membantu je..Bila dia ada duit dia bayar la semula.

Moral dari cerita aku ni kepada semua yang membaca jangan la kita bertindak melulu, jangan kita bertindak ikut hati dan perasaan macam orang yang tak bermaruah, jaga harga diri, jangan jatuhkan harga diri kita pada pandangan orang lain. Aku ni bukan la orang baik..

Aku insan biasa yang punya harga diri..Punya hati dan perasaan, punya maruah diri, punya prinsip diri. Aku hormati orang lain yang bisa menghormati diri aku. Bukan aku minta disanjung sebagai seorang yang terhormat tapi cuma ingin diriku tidak dihina.

Maaf kepada semua yang terluka jika terbaca artikel ni. Aku juga terluka kerana sikap aku ni yang 'terlalu' baik pada orang.

Cukuplah Allah SWT pada diriku. Cukuplah Dia menjadi perlindung kepada aku tika aku kesusahan.Hasbiyallah...

Isnin, 17 Ogos 2009

Hilangkan Bosan Dengan Lawak

Duda Dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian....Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...Si janda perasan dan datang menegur si duda..."Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu..."...Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."...Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan yang ade die berkata..."Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tk?.."...Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm...sudi..."...Setelah berborak seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tue...memori pendek sket...Setelah berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda...Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnya...almaklum dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."...Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...selamat ko telepon aku ..Pak Uda..."...si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya..."Kenapa..."...Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Lawak Agak Laa

bob yg baru saja berkahwin dgn seorang gadis kacukan portugis,bernama zilla dr melaka.zilla yang mempunyai raut wajah yang cantik dgn tubuh yang gebu lg montok dan seksi,x ubah seperti seorang model,senang cite kalau lelaki pandang,confirm x berkelip biji mata.bob sangat bersukur dan kadang2 nak bawa keluar pun rasa terancam,sbb banyak sgt mata yang memandang.boleh dikatakan lebih cantik dr diana daniel&megan fox.

zilla seorang yang sangat peramah dan baik hati,pada malam harinya sedang bob merebahkan diri di atas tilam yang empuk,dia di sapa oleh zilla yang hanya memakai baju tidur transperent berwarna merah.abang letih ye? meh zilla picitkan......bob hanya tersenyum dan rasa hilang segala keletihan,segala masaalah kerja d pejabat dpt di lupakan.

kalau dulu masa kecil ibu yang dodoikan abg,skg giliran zilla plk kata bob.dulu ibu selalu nyanyikan lagu apa untuk abg sebelum tidur?tanya zilla,biasala lagu2 lama waktu tu abg kecik lg,manala abg tau...

ok,zilla boleh jadi radio dan nyanyikan lagu untuk abg,tapi abg kenala onkan suiznya dulu'.suiz?suiz apa?tanya bob.ni yang sebelah kanan ni suiz dan yang sebelah kiri ni volume dia,sambil tangan zilla memegang buah dadanya yang padat.bob pun dengan teruja dan bersemangat mula menggentel dengan penuh ghairah.takde bunyi pun tanya bob,camana nak bunyi abg tak cucuk pun plugnye lg jawab zilla manjeeee........

H1N1 : 64 Kematian , Jumlah Kes 4225

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Ahad, 16 Ogos 2009

Awek Melayu Yang Ku Cintai

Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan



Gadis Melayu yang pastinya seorang yang beragama Islam kerana maksud melayu itu sendiri adalah seorang Islam tapi masih ramai gadis ‘Melayu’ yang beragama Islam tapi berkelakuan atau berpakaian ‘melebihi’ kehendak Islam itu sendiri.
Aku suka tengok gadis seperti ini.Best siot siap nampak bentuk badan, cutting lawa punya tapi bila aku risik-risik kawan-kawan aku tentang ni dan jawapan yang diberikan ‘mengejutkan’ aku.Aku translate kan jawapan kawan aku dengan penuh ringkas dan bergaya untuk menjadi panduan dan iktibar kepada semua gadis-gadis ‘Melayu’ yang diluar sana.

Jawapan 1 : “awek macamni kalu buat ajak jalan-jalan & teman-teman time boring best la tapi nak buat bini mintak simpang la”
Jawapan 2 : “Nak cinta-cinta sori, sex boleh”
Jawapan 3 : “dapat awek macamni best siot, cutting cantik baru best, boleh ajak pegang-pegang sikit”

Aku cuma ingin melontarkan buah fikiran sebahagian lelaki tentang awek yang ‘pakai’ baju ala fesyen ‘’sarung nangka’ ni. Bukan nak kutuk atau nak menghina tapi aku risau tentang keselamatan dan kesihatan awek-awek gini. Tersalah langkah nanti tak perut bunting 9 bulan.

Nilai sendiri kecantikan anda sebagai kaum hawa. Kecantikan sebenar anda bukan pada susuk tubuh yang menyiurkan tapi kecantikan sejati pada diri sendiri. Jadilah diri sendiri..Jangan terikut-ikut budaya yang membawa keruntuhan pada diri sendiri. Tunjukkan kemegahan diri dan ke’mahal’an diri anda dengan menyembunyikan nilai sebenar diri anda. Tak perlu tunjukkan saiz buah dada yang maha lawa tu pada lelaki terutama aku ni. Adus iman yang dikumpul hampir semalaman gugur macam tu ja tengok saiz yang best tu..

Memang lawa tengok perempuan pakai macam tu tapi takut harga diri anda makin susut kerana semua dah bagi orang tengok. Simpan untuk suami mu wahai gadis-gadis yang kucintai. Bila dah kahwin semua ‘boleh’ pakai tapi bertempat la. Pakai dalam rumah dan tunjuk keseksian pada sang suami bagi suami ghairah sikit. Baru best. Ni tak tunjuk kat orang yang tak layaj tengok lepas tu jadi buah mulut semua. Kan dah malu.

Sori la ngomel banyak tapi aku kesian kat gadis-gadis ni. Jatuh saham.

Sambutan Puasa

Bulan Ramadhan kembali lagi tahun ni.Alhamdulillah kita menjadi tetamu bulan yang diberkati oleh-Nya.
Kampung aku buat sedikit sambutan untuk meraikan bulan yang penuh barakah ni.
Yang sempat aku rakam time aksi nak makan dan juadah yangg disediakan..Juadah xsemewah mana tapi oklah untuk meraikan bulan yang dilimpahi rahmat dan bulan yang terkandung seribu bulan didalamnya bak kata ustaz yang bagi ceramah tu.



Zina Kerana Keikhlasan




Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Khamis, 13 Ogos 2009

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga


Iklan Raya 2008 - More bloopers are a click away

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia




KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni

Harakah Daily

Nenekku Mampukah lagi.




Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang
mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.
Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...