Ahad, 19 Oktober 2008

Syawal Bulan Kebajikan @ Bulan ............

Dalam bulan penuh keberkatan dan penuh kesyukuran ini yang dikurniakan oleh Allah SAW kepada umat manusia, aku terfikir tentang satu tradisi di negara Malaysia ini. Jamuan makan sempena sambutan Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri.

Alhamdulillah syukur kerana Malaysia diberi kerahmatan dan limpahan rezeki yang mencukupi untuk dirasai dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia mengikut kemampuan masing-masing walaupun masih ada rakyat di negara ini yang masih mundur dari segala sudut.Rumah Terbuka menjadi ruang dan wadah bagi rakyat yang berkemampuan dan berkelebihan untuk sama-sama meraikan insan yang masih kurang berkemampuan dalam kehidupan ini.Melalui rumah terbuka ini juga kita rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dapat merasai bersama juadah yang mungkin sebahagian dari kita tidak mampu untuk merasainya dengan menggunakan duit poket sendiri.

Rumah Terbuka juga dapat menggambarkan kemurahan dan sifat menghargai antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk di negara ini..Artikel pendek ini mungkin kurang info tapi dapat memberikan sedikit mesej kepada kita rakyat Malaysia erti kesyukuran pada anugerah Illahi.

PengEnaLan...

dalam mencari sebuah kehidupan yang diingini kita selalu tewas dengan godaan yang tercipta bagi menyesatkan kehidupan yang sementara ini...kehidupan yang belum menjanjikan kebahagiaan hakiki, kehidupan yang mencacatkan hati nurani kita...kehidupan yang mencalarkan nilai-nilai kita sebagai insan yang diamanahkan oleh Pencipta untuk memakmurkan dan menjadikan dunia ini sebagai pentas untuk kita mencari rahsia keagungan Illahi...Pentas untuk mencari keradhaan Illahi...Pentas untuk kita mencari tapak bagi syurga yang dijanjikan oleh Yang Maha Agung...Pentas untuk kita mengajak umat manusia ke arah yang makruf dan bersama-sama mencegah umat manusia dari kemungkaran...

Moga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Kita Sebagai Manusia Yang Kerdil Dalam Rumah Dunia Yang Penuh Dengan Dugaan Ini...Semoga Perjuangan Para Mujahid Islam Di Seluruh Dunia Mendapat Pertolongan Dan Keberkatan Dari Illahi Dalam Perjuangan Mereka...
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...