Rabu, 22 Oktober 2008

DRAMA, EPISOD DAN SKETSA KEHIDUPAN

Alhamdulillah aku dah abis peksa kelmarin ngn semlm....Soalan-soalan yang diberikan agak mencabar minda aku yg kosong ni tp berkat kesabaran dan ketelitian aku berjaya buat yg terbaik gk utk pengesahan jawatan dlm perkhidmatan awam...kalu lulus aku syukur la tp kalu fail aku terpaksa repeat kertas semula.

Berckp tentang peperiksaan buat aku terpikir masa blaja dulu..hepi saat blaja bersama kwn2 aku dulu..tntng keriangan, kedukaan, saat berlapar bersama, saat mkn megi yg enak pd waktu tu bersama.

bnyk yg terlintas dlm pikiran aku buat aku tertawa sendirian..buat aku mengalir air mata terkenang waktu lalu..tah la...de org ckp kenangn lama buat kita terpiki tentang sesuatu yg akn menginsafkan kita...kenangan yang blh menjadi satu pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan, erti persahabatan, erti sebuah kepayahan, erti setangkai kasih antara saudara, erti rantaian hidup ini...bnyak yg dpt kita belajar dari pengalaman dan kenangan..pengalaman mengajar kita sebuah episod kehidupan yang tidak akan terulang kembali..corak-corik kehidupan yang akan membuat kita lebih dewasa dari usia kita...pengalaman hidup bukan satu catitan nota utk dinilai tapi satu catatan untuk dihayati dan diingati utk menjadikan kita seorg insan yg lebih menghargai kehidupan dan meninsafi hidup ini...

walau apa pun drama kehidupan kita pada masa lalu, bkan segala yg kita lakukan pd wktu lalu adalah kesilapan yg xbisa kita ubati dan rawati...bkn segala episod drama kehidupan kita harus dikongsi bersama dgn org lain..bkn semua sketsa kehidupan kita lalu bisa dinikmati bersama org lain..

APA YANG PENTING, JADIKANLAH DRAMA,EPISOD ATAU SKETSA KEHIDUPAN KITA PADA MASA LALU SEBAGAI SEBUAH KENANGAN YANG ERINDAH SEBAGAI PELENGKAP KEPADA KEHIDUPAN KITA PADA HARI INI DAN PADA MASA AKAN DATANG.

Ahad, 19 Oktober 2008

Syawal Bulan Kebajikan @ Bulan ............

Dalam bulan penuh keberkatan dan penuh kesyukuran ini yang dikurniakan oleh Allah SAW kepada umat manusia, aku terfikir tentang satu tradisi di negara Malaysia ini. Jamuan makan sempena sambutan Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri.

Alhamdulillah syukur kerana Malaysia diberi kerahmatan dan limpahan rezeki yang mencukupi untuk dirasai dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia mengikut kemampuan masing-masing walaupun masih ada rakyat di negara ini yang masih mundur dari segala sudut.Rumah Terbuka menjadi ruang dan wadah bagi rakyat yang berkemampuan dan berkelebihan untuk sama-sama meraikan insan yang masih kurang berkemampuan dalam kehidupan ini.Melalui rumah terbuka ini juga kita rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dapat merasai bersama juadah yang mungkin sebahagian dari kita tidak mampu untuk merasainya dengan menggunakan duit poket sendiri.

Rumah Terbuka juga dapat menggambarkan kemurahan dan sifat menghargai antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk di negara ini..Artikel pendek ini mungkin kurang info tapi dapat memberikan sedikit mesej kepada kita rakyat Malaysia erti kesyukuran pada anugerah Illahi.

PengEnaLan...

dalam mencari sebuah kehidupan yang diingini kita selalu tewas dengan godaan yang tercipta bagi menyesatkan kehidupan yang sementara ini...kehidupan yang belum menjanjikan kebahagiaan hakiki, kehidupan yang mencacatkan hati nurani kita...kehidupan yang mencalarkan nilai-nilai kita sebagai insan yang diamanahkan oleh Pencipta untuk memakmurkan dan menjadikan dunia ini sebagai pentas untuk kita mencari rahsia keagungan Illahi...Pentas untuk mencari keradhaan Illahi...Pentas untuk kita mencari tapak bagi syurga yang dijanjikan oleh Yang Maha Agung...Pentas untuk kita mengajak umat manusia ke arah yang makruf dan bersama-sama mencegah umat manusia dari kemungkaran...

Moga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Kita Sebagai Manusia Yang Kerdil Dalam Rumah Dunia Yang Penuh Dengan Dugaan Ini...Semoga Perjuangan Para Mujahid Islam Di Seluruh Dunia Mendapat Pertolongan Dan Keberkatan Dari Illahi Dalam Perjuangan Mereka...
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...