Rabu, 11 Februari 2009

Surat IR. NIzar Kepada KDYMM Sultan Perak

Feb 5 — The Menteri Besar of Perak, YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, has just sent this letter of appeal to the palace for His Royal Highness’ consideration:

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah

Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

Ghafarullahu-Lah

Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan

beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.

Ampun Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampun Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Dipetik Dari:

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17706-letter-of-appeal-from-perak-mb-to-sultan

Analisis Semasa dari Friendster

Pagi ini (9 Februari 2009) UMNO akan berhimpun di Dataran DBI dan berarak ke Istana Kinta untuk menyatakan sokongan kepada DYMM Sultan Perak. Sejak seminggu ini berkumandang laungan 'Daulat Tuanku' di mulut pemimpin dan ahli UMNO khususnya di negeri Perak. Kelihatannya UMNO begitu menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan dan sekelian kerabat Diraja. UMNO pembela institusi Diraja. UMNO akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja sehingga ke titisan darah yang terakhir. UMNO mahu mengusir penderhaka dari bumi bertuah payungan Raja. Selain dari UMNO, semuanya menderhaka kepada Raja dan pengkhianat bangsa. Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah penderhaka. PAS, PKR dan DAP adalah penderhaka. Sekelian yang berbeza pendapat dengan UMNO dalam krisis di Perak adalah derhaka kepada Raja. Rakyat yang meluahkan rasa kecewa terhadap cara luarbiasa pertukaran kerajaan negeri dihukum muktamad sebagai penderhaka. Penderhaka perlu dihukum. Pingat dan gelaran yang dianugerahkan oleh Raja mesti ditarik balik. Sekelian yang tidak sependapat dengan keputusan istana mesti diusir dari bumi Darul Ridzuan. Nizar patut disumbat ke Kem Tahanan Kemunting di bawah peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). UMNO bangkit dengan suara lantang. Pemimpin UMNO berlumba muncul di media cetak dan elektronik untuk menjadi juara membela Raja. Mufti yang baru dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan turut mengecam penderhaka. Pemuda UMNO muncul di merata balai polis membuat laporan. Bloggers UMNO memaki hamun penderhaka dengan seribu satu perkataan dan ayat cemuhan. Bodoh, bangang, tolol, babi, celaka, laknat, lahanat, haramjadah, anak haram, beruk, biawak, tak sedar diri, pantat, biul, malaun dan yang semaksud dengannya dihambur oleh bloggers UMNO kepada si penderhaka daripada PAS, PKR, DAP dan siapa saja yang bersimpati dengan mereka. TV 1, 2, 3, 7, 9 dan Astro Awani bersama Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo dan Sinar Harian melapor dan mengulas perderhakaan ini dengan cukup meluas. Apa jua kenyataan resmi atau tidak resmi pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh diolah untuk menggambarkan derhaka dan menentang Sultan, pasti dilapor dan dikembangkan dengan sempurna. Bagi mengesahkan penderhakaan itu maka apa jua kenyataan Pakatan Rakyat yang menafikan tindakan mencabar Sultan atau menjelaskan kekeliruan tanggapan yang timbul tiadalah mendapat tempat di media cetak dan elektronik itu. Benarkah UMNO pertahan Raja?
beberapa bulan yang lalu selepas pilihanraya umum ke 12 tahun 2008. Apabila istana Terengganu tidak sedia memberi perkenan kepada Idris Jusoh untuk bergelar Menteri Besar, UMNO murka terhadap Raja. Abdullah Ahmad Badawi Presiden UMNO bertitah di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi menyatakan bahawa Istana tiada hak untuk tidak memberi perkenan. Istana diperingatkan tentang tanahair ini beraja dan berperlembagaan. Raja tidak sayugia menyanggah perlembagaan. UMNO berhimpun di jalanan dengan sepanduk dan slogan termasuk kata-kata "KAMI NAK IDRIS ... NATANG!" dengan maksud "hoi raja! kami mau Idris Jusoh jadi menteri besar ... binatang!". Raja dihamun dengan gelaran "binatang". Begitulah cara UMNO menjunjung kasih menyembah taat setia. Isu Terengganu boleh diimbas kembali di banyak sumber lain lagi. Bukan hanya peristiwa sensasi itu sahaja malah pemimpin-pemimpin UMNO membuat kenyataan demi kenyataan sembah derhaka kepada raja. Media cetak dan elektronik tawanan UMNO tidak ketinggalan dengan laporan dan analisis yang mempertikaikan istana. Kebetulan masalah yang sama turut berlaku di Indera Kayangan. UMNO bertegang urat dan leher dengan istana walau pun akhirnya kecundang di tangan Mat Isa Sabu. Shahidan jadi sejarah. Laporan dan analisis isu Perlis dan banyak lagi.
Tiba-tiba sehari dua ini UMNO isytihar diri sebagai pembela Kesultanan Melayu. Bangkit mempertahankan Sultan daripada onar sang penderhaka dan pengkhianat bangsa. Benarkah UMNO pembela Raja?

Dipetik Dari :

http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=124786266&uid=18436259

Rentetan Sejarah

Sultan Terengganu :
Walaupun BN/UMNO memenangi PRU12 dengan cemerlang, akan tetapi kerajaan baru di Terengganu gagal dibentuk dengan segera kerana Sultan amat murka denganbekas MB Idris Jusoh. Malangnya ketika Idris Jusoh tidak diberi peluang untuk mengangkat sumpah sebagai MB yang baru, orang-orang kuatnya kelihatan bersenang lenang, terutama setiausaha politik, setiausaha akhbar dan kem beliau dalam UMNO. Sedikitpun tidak rungsing dan tidak membuat homework berkenaan undang-undang tubuh kerajaan negeri.
Apabila Rosol Wahid mengatakan bahawa UMNO tetap mahukan Idris dan mengatakan bahawa telah mendapat sokongan 23 ADUN BN untuk menyokong Idris sebagai MB dan mendakwa mempunyai tandatangan 23 ADUN tersebut untun meguatkan dakwaan.Walau bagaimanapun, Rosol terkedu kerana Sultan telah menunjukkan kepada Pak Lah surat yang ditandatangani oleh majoriti ADUN BN untuk menyokong keputusan baginda , siap dengan akuan bersumpah. Sultan Terengganu lebih bijak kerana penasihat-penasihat baginda merupakan pakar undang-undang.
Akhirnya Sultan yang menang dan disambut dengan gemilang oleh seluruh rakyat yang berdiri menyokong Tuanku. Manakala kumpulan Idris telah dituduh derhaka kerana telah terang-terangan memaki Sultan dengan banner yang bertulis 'kami nak Idris, Natang!'. Sultan berada dipihak yang benar dan menurut undang-undang, segala rakyat pun berdiri teguh di belakang baginda.

Sultan Perak :
Sultan Perak tidak menunjukkan apa-apa bukti bertulis dan akuan bersumpah yang memboleh kan rakyat mengetahui tentang kebenaran berkenaan 4 ADUN celaka yang menyokong BN, 1 daripadanya melompat kembali setelah dengan rasmi menyertai PKR.
Sultan nampaknya tidak dinasihati oleh pakar undang-undang, tetapi dinasihati oleh pakar rasuah dan pakar ugut, ala samseng.
Rakyat menunjuka perasaan, jauh sekali ingin berdiri teguh di belakang Sultan, ini menunjukkan bahawa Sultan yang silap.

Dipetik Dari..:

http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=124786953&uid=18436259
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...