Isnin, 28 September 2009

Jangan Kerana Sedikit Hadiah Tergadai Maruah


Jangan Kerana Sedikit Hadiah Tergadai Maruah

Itu trademark terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menangani masalah rasuah yang tak pernah pudar dalam kehidupan negara ini. Bukan sekadar mengacah tapi ini memang realiti terutama kepada penjawat awam yang berurusan dengan orang ramai terutama yang mempunyai kepentingan dalam sebarang permohonan atau apa-apa saja yang berkaitan dengan kepentingan diri, syarikat dan badan yang diwakili oleh mereka.

Raya tahun ni disambut meriah oleh aku dengan penuh kenikmatan yang dirasai tapi dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri ada lah pulak dua ekor cipanzi yang menghilangkan mood aku nak beraya. Sehari sebelum nak cuti raya adalah seorang mamat India ni telefon aku cakap nak jumpa sebab nak bagi benda, aku ni jenis lurus je terus la cakap ok kat dia. Mamat ni siap cakap tak tau pejabat aku lagi jadi aku bg je direction kat dia. Aku cakap bila sampai tipon aku nanti aku p jumpa.

Bila jumpa tu terus salam aku, aku pun ok la salam skali dalam genggam dia tu ada not RM50.00 4 keping. Aku tolak tapi dia paksa aku ambik jugak, aku ambik dulu sebab ramai orang kat luar pejabat. Aku tengok dalam keta dia ada 2 hamper lagi nak bagi aku. Aku cakap ok tapi bw masuk pejabat tapi diaorang tanya mana keta aku, aku bertegas kali ni cakap masuk dalam pejabat. Masuk je pejabat aku suruh letak kat meja depan then aku kata xpe kat diaorang suh diaorang balik dulu. Aku p ja kat meja aku terus aku tipon orang yang berkaitan dengan projek tu suh datang pejabat aku masa tu gak, sampai je pejabat aku terus bagi balik duit tu ngan hamper2 tu skali. Aku dengan member-member sepejabat cakapla kat mamat yang berkaitan ni jangan buat macam ni lagi. Apa yang boleh bantu kami bantu.

Rasuah Tak Kenal Siapa

Isnin, 7 September 2009

Khamis, 3 September 2009

Hukuman Ta'zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

Orang Yang Bodoh Je Tolak

Puasa memberi sejuta erti kepada penganut agama samawi yakni Agama Islam. Bulan yang dilimpahi berkat dan kerahmatan dari Allah SWT. Bulan yang di dalamnya turunnya Al-Quran sekitar 1430 tahun yang lampau, kitab suci yang di dalamnya tercatat fitrah hidup bagi menjadi panduan kepada manusia. Bukan sekadar sebuah buku yang hanya menekankan soal agama tapi sebuah kitab yang menekankan semua aspek kehidupan dari mandi hingga ke politik. Tidak terkecuali satu pun dalam kitab suci ini. Sesiapa yang mengaku dirinya seorang muslim dan mempertikaikan isi kandungan kitab ini secara automatik terkeluar dari Islam.

Adakah agama dan politik perlu dipisahkan?

Aku minat untuk ulas semua ni. Bukan sebab aku seorang yang pandai tapi aku punya fikiran yang waras untuk mengungkai tentang ni. Hanya orang yang mengaku dirinya 'pandai' sahaja boleh cakap Islam dan Politik perlu dipisahkan. Bodoh macam keldai orang yang cakap macam ni. Islam dan politik tidak dapat dipisahkan walaupun seinci sebab dalam Islam sendiri menyebut tentang tanggungjawab seorang pemimpin dalam memimpin organisasi dan seterusnya negara. Jelas dalam Al-Quran menyebut tentang permasalah kepimpinan ni.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Nak lagi huraian masuk link ni.
http://www.danialzainalabidin.com/2008/03/06/berhati-hati-memilih-pemimpin/

Hudud Dan Qisas..Relevankah?

Jahil + bodoh manusia yang cakap hukum hudud tak relevan dalam negara ni. Pe ke bengap sangat la manusia macam ni. Tak pun dia takut dengan bayang-bayang sendiri jika hukum ini dilaksanakan. Hukum ini sesuai bagi semua masa dan keadaan. Kes seorang model yang dihukum sebat 6 rotan oleh mahkamah syariah Kuantan pun jadi isu besar. Masa tu lahirlah Ulammak-ulammak yang nak jadi ulama' bercakap pasal hukum ni. Zalimlah, itulah, inilah dan macam-macam lagi yang aku fikir macam orang yang xdak pendirian agama dalam dirinya. Cakap menteri tapi bodoh macam sial nak mampus. Sebelum cakap kaji dulu rasional nak cakap jangan pakai bedal je. Hukum hudu, Qisas ni diadakan untuk orang beragama Islam ja tapi kalau ada yang beragama lain nak ikut dialu-alukan. Ni peringatan allah kepada yang ingkar hukum-hukum Dia:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

wallahualam
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...