Ahad, 23 Ogos 2009

Harini Cakap Pasal Bodoh

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratu l ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Nilai Sebenar Cintamu Padaku..

Apa ke bodohnya seorang manusia yang terlalu ego sehingga menilai orang lain lebih buruk atau kurang dari segi segalanya dari dirinya. Adakah seorang lelaki yang terlalu ego ini mungkin menyalahertikan niat baik orang lain?

Aku ungkapkan lelaki ini sebagai orang yang gila! Gila bayang! Gila sehingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain tanpa mengerti nilai segunung maruah. Nilai kehormatan diri orang lain. Nilai sebuah titian persahabatan, nilai sebuah keharmonian, nilai sebuah perpaduan, nilai sebuah erti harga diri.

Aku masih memendam rasa dengan apa yang telah terjadi pada diriku. Adakah salah aku ingin membantu tanpa memendam perasaan lain selain hanya ingin membantu. Bodoh lelaki yang tidak mempercayai pasangan sendiri. Bodoh seorang lelaki yang terlalu ego sehingga menjadikan seorang wanita menangis tersedu-sedu.

Adakah dia menilai setitis air mata wanita?
Apakah dia mengerti nilai air mata wanita itu?

Cuba nilai dan perhatikan nilai itu. Tidak bolehkah dia bertanya sedikit secara lembut apa yang sebenarnya terjadi?

Salahkah dia membuang ego bagi memberikan sedikit ruang kepada wanita itu bersuara? Cinta bukan hanya dinilai dari ungkapan 'Aku sayang kamu', 'I love u', 'kau yang kucintai' atau lain-lain ungkapan yang biasa didengar dari seorang kekasih.

Nilai sebenar cinta bukan pada tiap-tiap hari meng'ganggu' si kekasih dengan panggilan manja. Bukan hanya dengan ungkapan 'racun' SMS yang boleh dimanipulasikan oleh sang kekasih.

Nilai sebenar cinta adalah keluhuran hati dalam memahami nilai cinta itu. Berkorban sedikit kepayahan dan kesenangan dalam mendalami cinta itu yang sebenarnya. Jadilah seorang kekasih yang memahami nilai cinta. Cinta bukan sekadar ungkapan tapi cinta dalah perwatakan.

Aku malas nak menghuraikan nilai cinta yang sejati. Aku bukan sang pen'jiwang' yang tahu nilai cinta. Yang aku tahu hanya untuk membahagiakan pasangan aku. Siapa dia pasangan aku masih dalam penantian. Cukuplah celoteh pelepas geram aku.

Pokok

Benarkah?

Pelik tapi benar kalu aku ceritakan pe yang terjadi pada diriku malam tadi..Teruja dan bersyukur dengan kedatangan ramadhan yang memberikan aku sejuta petunjuk kebesaran dan keagungan Pencipta Alam ini.

Malam tadi 'blackout' kat kampung aku dari petang sampai ke malam jadi kami berbuka dalam suasana 'gelap' disimbahi cahaya dari pelita minyak 'gas' (minyak tanah tapi kampung aku panggil minyak gas). Lepas selesai berbuka aku pun rest la jap tunggu masa nak solat maghrib. Aku mandi, then aku pun solat. Solat maghrib dengan rasa syukur pas berbuka tadi.

Lepas je solat aku capai kunci kereta aku then aku panaskan enjin kereta nak pi masjid untuk solat isyak dan terawih. Suasana masih dalam keadaan gelap, terputus bekalan elektrik lagi. Bila terputus bekalan elektrik, kipas tak dapat berfungsi. Panas je dalam masjid tu. terlintas dalam hati nak solat 8 rakaat je terawih sebab panas je badan ni. Dalam rakaat ke 8 terlintas dalam hati aku macam ni :

"Allah kalau bagi angin sikit kan best, sejuk la sikit kat dalam masjid ni"

Habis ja solat ke 8 rakaat nak bangun solat terawaih seterusnya tiba-tiba elektrik ada dengan kipas angin menghala ke arah aku. Aku teringat ceramah sambutan puasa minggu lepas. Ustaz Zawawi (imam Masjid Iboi, Kupang, Baling, Kedah) ada cakap bulan Ramadhan merupakan bulan mustajab doa. Bukan pada waktu-waktu tertentu tapi 24 jam. Anytime, anywhere. Kalau yang terlintas dalam hati pun termakbul inikan pulak kalau kita bermunajat dengan penuh tawaduk pada Allah SWT pasti doa kita dimakbulkan.

Moral dari cerita aku ni, marilah kita sama-sama beramal dan memeriahkan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran dan kehambaan pada Dia moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang Nabi Muhammad SAW sebut sebagi golongan yang CELAKA (kalau bahasa yang kasar lagi boleh disebut sebagai haram jadah, peliaq) kerana tidak berubah dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan pengampunan dan rahmat dari Allah SWT.
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...