Ahad, 23 Ogos 2009

Benarkah?

Pelik tapi benar kalu aku ceritakan pe yang terjadi pada diriku malam tadi..Teruja dan bersyukur dengan kedatangan ramadhan yang memberikan aku sejuta petunjuk kebesaran dan keagungan Pencipta Alam ini.

Malam tadi 'blackout' kat kampung aku dari petang sampai ke malam jadi kami berbuka dalam suasana 'gelap' disimbahi cahaya dari pelita minyak 'gas' (minyak tanah tapi kampung aku panggil minyak gas). Lepas selesai berbuka aku pun rest la jap tunggu masa nak solat maghrib. Aku mandi, then aku pun solat. Solat maghrib dengan rasa syukur pas berbuka tadi.

Lepas je solat aku capai kunci kereta aku then aku panaskan enjin kereta nak pi masjid untuk solat isyak dan terawih. Suasana masih dalam keadaan gelap, terputus bekalan elektrik lagi. Bila terputus bekalan elektrik, kipas tak dapat berfungsi. Panas je dalam masjid tu. terlintas dalam hati nak solat 8 rakaat je terawih sebab panas je badan ni. Dalam rakaat ke 8 terlintas dalam hati aku macam ni :

"Allah kalau bagi angin sikit kan best, sejuk la sikit kat dalam masjid ni"

Habis ja solat ke 8 rakaat nak bangun solat terawaih seterusnya tiba-tiba elektrik ada dengan kipas angin menghala ke arah aku. Aku teringat ceramah sambutan puasa minggu lepas. Ustaz Zawawi (imam Masjid Iboi, Kupang, Baling, Kedah) ada cakap bulan Ramadhan merupakan bulan mustajab doa. Bukan pada waktu-waktu tertentu tapi 24 jam. Anytime, anywhere. Kalau yang terlintas dalam hati pun termakbul inikan pulak kalau kita bermunajat dengan penuh tawaduk pada Allah SWT pasti doa kita dimakbulkan.

Moral dari cerita aku ni, marilah kita sama-sama beramal dan memeriahkan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran dan kehambaan pada Dia moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang Nabi Muhammad SAW sebut sebagi golongan yang CELAKA (kalau bahasa yang kasar lagi boleh disebut sebagai haram jadah, peliaq) kerana tidak berubah dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan pengampunan dan rahmat dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...