Khamis, 20 Ogos 2009

Hasbiyallah. Cukuplah DiriNya Pada Diriku

Pe kejadah la manusia ni..aku pun hairan la..Mungkin bodoh sombong, ego, yakin diri sendiri lebih hebat walau tak sehebat mana pun.

Itu apa yang terpikir dalam fikiran aku yang agak bangang ni.Ni yang terjadi pada aku tengahari semalam.Seorang lelaki yang aku fikir tergugat dirinya dengan 'kehadiran' aku dalam hubungan dengan pasangannya.

Ceritanya begini..
Kawan aku seorang perempuan (pernah jadi girlfriend aku) minta tolong aku nak pinjam duit.Kerana sifat aku menghargai dirinya yang pernah menyayangi aku, aku pun cakap ok lah aku bagi pinjam.Then tengahari smlm aku pun tipon lah minah ni minta no akaun nak bank in duit.Tak sampai 1 minit ada sorang budak laki ni tipon aku cakap pakwe kawan aku ni siap tinggi suara cakap makwe dia pinjam aku berapa juta.Dia nak bayar balik hutang makwe dia.Aku cakap makwe dia hutang aku RM1000 padahal kawan aku tu pinjam RM100 je tapi sebab dia maki aku jadi aku cakap la RM1000.Aku bagi no akaun Bank Islam aku suruh dia bank in semula tapi sampai saat ni tak de sesen duit pun masuk dalam akaun aku.

Aku tak kisah la kawan aku nak pinjam duit sebab aku tau dia bukan mampu pun dengan gaji dan hidup dia di Klang tu.Aku rasa budak laki tu pun sama gak taraf hidup dengan kawan aku tu.Jadi aku cuma nak membantu je..Bila dia ada duit dia bayar la semula.

Moral dari cerita aku ni kepada semua yang membaca jangan la kita bertindak melulu, jangan kita bertindak ikut hati dan perasaan macam orang yang tak bermaruah, jaga harga diri, jangan jatuhkan harga diri kita pada pandangan orang lain. Aku ni bukan la orang baik..

Aku insan biasa yang punya harga diri..Punya hati dan perasaan, punya maruah diri, punya prinsip diri. Aku hormati orang lain yang bisa menghormati diri aku. Bukan aku minta disanjung sebagai seorang yang terhormat tapi cuma ingin diriku tidak dihina.

Maaf kepada semua yang terluka jika terbaca artikel ni. Aku juga terluka kerana sikap aku ni yang 'terlalu' baik pada orang.

Cukuplah Allah SWT pada diriku. Cukuplah Dia menjadi perlindung kepada aku tika aku kesusahan.Hasbiyallah...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huuhu,..testing2,,.keh2...moral of da story..jgn le baik ati sgt..lgpn da sah2 pmpuan 2 ade bf..mntk pjm kat bf die dah lew..keh2...

Tanpa Nama berkata...

huhuhuhu..btl tu..aku pun brslh jd baik hati sgt..

Tanpa Nama berkata...

nxt tym jgnla bek sgt ngn org..buat baik berpada2..

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...