Ahad, 15 Mac 2009

Kalimah Allah SWT...Siapa yang berhak?

Aku terpanggil untuk membuka ruang ini bagi bertanya pendapat kalau ada mana-mana pelayar yang tahu tentang penggunaan kalimah ini..

Aku pernah degar satu kuliah agama sebelum timbul isu ini..dah lama dah dalam 3-4 tahun lepas..

Mengikut kepercayaan masyarakat bukan Islam..Tuhan yang sebenarnya bukan berhala atau sembahan yang bersifat baharu ini tapi semua berhala dan sembahan yang bersifat baharu ini adalah perantara kepada Tuhan Yang Satu..

Jadi apa komen semua tentang ni?

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz berkata penggunaan kalimah Allah ini boleh digunakan oleh semua agama di dunia ini kerana sememangnya Allah itu Tuhan kepada semua makhluk..

Aku berhenti disini ja untuk tajuk ni..

Kenduri Kawin..Kenduri Arwah..Kenduri Kenduri..



Alhamdulillah...harini aku dibagi ruang yang lebih untuk menulis..bila dah xde modal ni tringin plak nak ulas tentang kenduri..

Musim cuti sekolah menjadi tarikh penting oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan..Pada musim ini x kira hari semua jadi rebutan untuk melangsungkan perkahwinan..sebut ja hari pa semua ada kenduri..Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, kadang-kadang terdesak Jumaat pun jadi gak tapi paling popular kat Negeri Kebanggaanku ini ialah Sabtu..

Masyarakat kampung masih mengamalkan sikap bergotong-royong sehingga mereka dapat meninggalkan terus idealogi politik yang berlainan bagi menjayakan kenduri ini..Ni yang menbuatkan aku lebih terharu lagi..dalam polimik politik yang tak menentu ini masih ada sedikit perasaan sayang antara masyarakat di kampung untuk sama-sama menjayakan majlis kenduri ini..Alhamdulillah..

Bila sebut tentang kesepakatan antara masyarakat ini, terpanggil plak nak komen tentang kesepakatan yang berjaya dibawa oleh pemimpin pembangkang yang selama ini tidak pernah sebulu dalam ideologi politik mereka..

Tahniah aku ucapkan kepada barisan saf kepimpinan Pakatan Rakyat..Perbezaan ideologi utama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) yang membawa ideologi Sebuah Negara Islam dan Parti Tindakan Rakyat (DAP)yang berideologikan Malaysian Malaysia atau negara bangsa berjaya diketepikan bagi membentuk sebuah kerajaan yang baru dan adil..

Op jangan pikir aku cakap kerajaan Barisan Nasional tak adil..aku xcakap gitu..

p/s : malas nak ulas banyak-banyak nanti jadi kontroversi plak..

Kereta Aku...Aku Punya Pasal La...


Aku ada sebuah kereta...yang menjadi masalahnya sekarang bila aku keja dan kena pegi lawat site..member aku selalu suruh aku naik keta company tapi aku boleh claim kalu aku naik keta sendri samalah gak ngan nek keta company..

Nek keta company pun aku kena isi minyak sendri pastu claim ngn company..kalu nek keta sendiri pun sama gak..tapi kecoh la kt opis aku ni xnak guna keta company..

Kalu ikutkan aku ni seorang pekerja yang baik la..Nek keta company merosakkan harta company la..korang tau x keta ni bila selalu gunakan akan cepat rosak jadi aku tak guna kereta company untuk mengurangkan kos pembaikan kereta company..

Aku baik pe..Bangang x kawan opis aku yang nak selalu hantar kereta company masuk bengkel...Korang rasa macamana...

Dua Bukit Satu Batang...7 April 2009

Pilihanraya kecil pada 7/4/2009 menjadi penanda aras terbaik untuk Pakatan Rakyat menilai penerimaan rakyat terhadap corak kepimpinan yang selalu di war-warkan sebagai merakyatkan ekonomi.. Melalui pilihanraya ini juga kita dapat melihat penerimaan rakyat kepada kepimpinan Bakal PM Malaysia yang baru Najib Razak..

Kalau kemenangan memihak kepada Pakatan Rakyat ini bermakna PR mendapat sokongan dari rakyat dan mungkin pada pilihanraya umum yang akan datang kita akan merasai pemerintah yang baru setelah lebih 50 tahun merdeka..Tetapi bakal PM kita akan terasa penolakan rakyat terhadap corak kepimpinan beliau..

Tetapi jika PR kalah pada pilihanraya ini bermakna bakal PM kita boleh menarik nafas lega terhadap sokongan rakyat terhadap beliau tetapi PR perlu sedar kembali dan perlu melakukan perubahan untuk terus kekal dan berupaya mencapai cita-cita untuk menerajui negara ini..

Dari segi senario politik masa kini kita boleh meramal dan merasai bahang itu berpihak kepada siapa..

Siapa yang berkuasa dalam hal ini..Bukan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional atau pun Raja-Raja Melayu yang disanjungi dan dikasihi tetapi yang memiliki kuasa untuk meletakkan kepimpinan rakyat adalah RAKYAT MALAYSIA sendiri..

Apa-apa pun DAULAT TUANKU dan HIDUP RAKYAT

Lembu..Sedekah Dan Rasuah..



Istilah yang boleh digunakan oleh kita sebagai muslim ataupun sebagai rakyat Malaysia yang cerdik tentang isu lembu, sedekah dan rasuah...

Malas aku nk komen bnyk tentang ni..Lembu yang Syarikat Goverment Link Company (GLC) Selangor sumbang untuk majlis korban sempena Aidiladha tu kat kawasan sempadan dengan Selangor (Bandar Tun Razak) yang pada masa sama jugak kawasan Parlimen yang di wakili oleh MB Selangor untuk tujuan sedekah kepada penduduk kawasan itu untuk merayakan Hari Raya Aidiladha...Itu dinamakan Sebagai SEDEKAH..

Ni plak padapendapat aku tentang rasuah..46 ekor lembu itu diberikan kepada MB Selangor kemudian YAB MB jual lembu tu then duit hasil jualan tu masuk kocek dia..itu baru rasuah..Tak tau la definisi rasuah macamana lagi...kalu time pilihanraya mungkin la kita boleh cakap MB Selangor tu bagi rasuah kepada penduduk kawasan tu untuk undi dia..
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...