Ahad, 16 November 2008

KenAngaN MenGimbau Memori.

Syukur pada Pencipta yang Maha Agung yang menjadikan manusia pelbagai ragam dan pelbagai kehendak mengikut naluri masing-masing. Setiap kehendak manusia akan ditunaikan oleh Pencipta yang Maha Mengetahui akan kehendak setiap hambanya jika manusia itu bermunajat dan memohon kepadaNya, Insyallah akan ditunaikanNya samada cepat atau lambat permintaan itu akan dikabulkan.

Cukup sekadar itu mukadimah yang ingin diutarakan. Hari ni aku terimbau kembali kenangan aku masa belajar dulu. Bukan masa dalam kelas tapi aktiviti luar mewakili IPT yang aku blaja dulu. Walaupun sijil penyertaan x sempat dikeluarkan tapi kenangan ini membuatkan aku rasa begitu gembira sekali. Aku mengikuti Program Berakit Perdana Mahasiswa Sungai Pahang yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Muhammad. Pengalaman yang x dapat di beli dengan jutaan wang. Aku selitkan beberapa keping gambar yang menarik di bawah ni.











Gambar disebelah ni pada waktu pagi sebelum pergi berakit di Sungai Pahang. Bersemangat nak turun pagi ni tapi perasaan gementar pun ada sebab semua yang join pelayarn ni x pernah pun berakit.









Ni gambar pemandangan dari atas kawasan masa hari pelayaran. Terdapat juga kayak yang akan mengiringi kami. Setiap institusi pendidikan yang join program ni bawa kayak sendiri. Jadi setiap institusi ada dua orang yang akan naik kayak sebagai pegawai pengiring.






Rabu, 12 November 2008

sekolah @ tak sekolah??

Alhamdulillah aku berpeluang kembali untuk menulis dalam blog ini.lama aku menyepi tanapa sebab yang aku ketahui. Dalam tempoh dua tiga hari nie aku agal sibuk walaupun tak begitu sibuk sebenarnya. Selepas aku balik keja semalam aku mandi, solat dan terus keluar pegi padang bola kampung aku. Bukan pegi untuk bermain tapi lebih kepada berbual dengan rakan sebaya aku. Semasa berbual dengan kawan-kawan aku, aku terdengarlah perbualan budak-budak sekolah yang sama-sama ada kat padang tu. Lebih Kurang beginilah perbualan mereka:

A : aku pagi td hantaq buku teks.
B : ang antaq buku kt chekgu mana?

A : kat chekgu halimaton.chekgu mana lagi.
B : buku teks kita brapa buah a'?

cukup sekadar tu aku tuliskan apa yang diaorang bualkan.dari topik perbualan ni banyak menyedarkan aku dan mungkin korang yang membaca tulisan ini. Mereka yang berada dalam perbualan ini adalah anak bangsa dan juga seagama dengan kita. Anak-anak yang bakal mewarisi negara ini dan juga mewarisi agama ini. Dari perbualan ini kita dapat lihat anak bangsa dan pewaris agama ini tidak mengambil endah dan tidak menitik beratkan soal pendidikan. Aku akui aku bukan seorang yang bijak dalam pelajaran tapi aku berusaha menjadikan pelajaran itu sebagai sumber pendapatan dan harta aku. Berbalik kepada cite budak-budak ni. Kalau mereka tidak sedar betapa penting pelajaran kepada mereka aku fikir pihak masyarakat dan golongan yang terpelajar wajar menggembleng tenaga bersama untuk menyedarkan budak-budak ini betapa pentingnya pelajaran kepada mereka. Beberapa aspek perlu diketengahkan untuk menjadikan mereka minat untuk mendekati pelajaran. Tidak perlu pendekatan secara kasar dan keras untuk mengajak budak-budak ni hampir kepada pelajaran sekaligus dapat membendung masalah sosial yang makin menular dalam masyarakat kita. Tidak perlu kita menejar mereka keliling padang untuk mengajak mereka ke arah kebaikan. Gunakan kaedah yang lebih halus untuk menarik golongan ini ke arah meminati pelajaran dan mengelak mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Beberapa kaedah yang sesuai perlu dilakukan seperti kaedah yang aku rasakan sesuai digunakan ini :

1. Dekati mereka dengan mengikut minat dan kehendak mereka. Kalau mereka hampir terjerumus dalam kancah gejala sosial kita tarik mereka bagai menarik rambut di dalam tepung. Jangan rambut putus dan tepung tidak terabur.
2. Cuba untuk mengenali mereka dengan sepenuhnya. Jangan sesekali menganggap mereka tidak sesuai bergaul dengan mereka. Cuba fahami kehendak dan keinginan mereka.
3. Berikan dorongan dan bantuan kepada mereka untuk kebaikan. Jangan kedekut wang atau idea bagi meningkatkan keinginan mereka kearah kebaikan. Bagi sokongan padu kepada mereka bagi mereka untuk merencana sesuatu yang baik.

Aku dapat bagi pandangan macam ni je. Yang lain-lain kalu de yang baik bolehla bagi kat aku untuk aku utarakan.


BELIA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

Isnin, 3 November 2008

PERjuaNGAN INI tiADA NokhTAH

dlm aku mencari ketenangan utk berjaya dlm hidup ada gk insan yang masih xmengerti tentang erti kehidupan ini...erti sebuah perjalanan yang panjang..kita hidup ni umpama sebuah pelajaran yang jauh..perjalanan yang penuh dgn onak dan duri..perjalanan yang mungkin akan mengarah kita kearah kehancuran atau kearah keselesaan dan kegembiraan yang abadi.ramai yang mengangap hidup ini hanya di sini sahaja sehingga ada yang sanggup meninggalkan ibu, bapa, keluarga dan paling utama meninggalkan agama yang suci lagi diberkati oleh ALLAH SWT..kehadiran email yang mengisahkan kehidupan segelintir manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi memilih nasfu dan iblis sebagai bahan rujukan sehingga sanggup meninggalkan agama ini kerana mengikut kekasih hati yang dilaknat ALLAH SWT.Masyallah...Tuhan sekalian alam.ada yang sanggup membuat laporan POLIS terhadap bapa yang ingin mempertahankan agama anaknya supaya terus kekal dan hidup subur sebagai insan yang mengenal tentang kehidupan yang kekal abadi..Darah bapa mengalir bersama air mata melihat anak yang ditatang dengan penuh rasa kasih sayang hanyut dalam dakapan musuh ALLAH.melihat anak yang disayangi meninggalkan agama ISLAM untuk bersama kekasih yang beragama HINDU laknatullah..sedih betul membaca semua ni..MAHA SUCI ALLAH yang didalam genggamanNYA seluruh alam ini.hindarkanlah bala ini dari terus menerus berlegar dalam negara ini dan dunia ini...pedih hati melihat anak-anak seagama ini terus leka menjalani hidup ini tanpa memikirkan tentang masa depan..Maha Besar ALLAH yang menjadikan insan-insan yang bernyawa di dunia ini sebagai hambaNYA. Tapi sedarkah kita wahai saudara-saudara seagamaku tentang kejatuhan agama ini kerana kelekaan kita sendiri..kita leka mengejar dunia, kita leka mengejar sesuatu yang tidak pasti..

Moga ALLAH SWT merahmati kita dalam kehidupan ini agar kita beroleh kebahagiaan dalam kehidupan masa hadapan yang belum pasti lagi dimana kita akan ditempatkan.Selawat dan salam buat junjungan kita MUHAMMAD SAW dan para keluarga dan sahabat baginda.Janganlah kita kianati sebuah perjuangan yang telah diaturkan oleh baginda dengan terus menerus menghancurkan perjuangan itu..WALLAHHUALLAM
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...