Ahad, 16 November 2008

KenAngaN MenGimbau Memori.

Syukur pada Pencipta yang Maha Agung yang menjadikan manusia pelbagai ragam dan pelbagai kehendak mengikut naluri masing-masing. Setiap kehendak manusia akan ditunaikan oleh Pencipta yang Maha Mengetahui akan kehendak setiap hambanya jika manusia itu bermunajat dan memohon kepadaNya, Insyallah akan ditunaikanNya samada cepat atau lambat permintaan itu akan dikabulkan.

Cukup sekadar itu mukadimah yang ingin diutarakan. Hari ni aku terimbau kembali kenangan aku masa belajar dulu. Bukan masa dalam kelas tapi aktiviti luar mewakili IPT yang aku blaja dulu. Walaupun sijil penyertaan x sempat dikeluarkan tapi kenangan ini membuatkan aku rasa begitu gembira sekali. Aku mengikuti Program Berakit Perdana Mahasiswa Sungai Pahang yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Muhammad. Pengalaman yang x dapat di beli dengan jutaan wang. Aku selitkan beberapa keping gambar yang menarik di bawah ni.











Gambar disebelah ni pada waktu pagi sebelum pergi berakit di Sungai Pahang. Bersemangat nak turun pagi ni tapi perasaan gementar pun ada sebab semua yang join pelayarn ni x pernah pun berakit.









Ni gambar pemandangan dari atas kawasan masa hari pelayaran. Terdapat juga kayak yang akan mengiringi kami. Setiap institusi pendidikan yang join program ni bawa kayak sendiri. Jadi setiap institusi ada dua orang yang akan naik kayak sebagai pegawai pengiring.






Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...