Rabu, 12 November 2008

sekolah @ tak sekolah??

Alhamdulillah aku berpeluang kembali untuk menulis dalam blog ini.lama aku menyepi tanapa sebab yang aku ketahui. Dalam tempoh dua tiga hari nie aku agal sibuk walaupun tak begitu sibuk sebenarnya. Selepas aku balik keja semalam aku mandi, solat dan terus keluar pegi padang bola kampung aku. Bukan pegi untuk bermain tapi lebih kepada berbual dengan rakan sebaya aku. Semasa berbual dengan kawan-kawan aku, aku terdengarlah perbualan budak-budak sekolah yang sama-sama ada kat padang tu. Lebih Kurang beginilah perbualan mereka:

A : aku pagi td hantaq buku teks.
B : ang antaq buku kt chekgu mana?

A : kat chekgu halimaton.chekgu mana lagi.
B : buku teks kita brapa buah a'?

cukup sekadar tu aku tuliskan apa yang diaorang bualkan.dari topik perbualan ni banyak menyedarkan aku dan mungkin korang yang membaca tulisan ini. Mereka yang berada dalam perbualan ini adalah anak bangsa dan juga seagama dengan kita. Anak-anak yang bakal mewarisi negara ini dan juga mewarisi agama ini. Dari perbualan ini kita dapat lihat anak bangsa dan pewaris agama ini tidak mengambil endah dan tidak menitik beratkan soal pendidikan. Aku akui aku bukan seorang yang bijak dalam pelajaran tapi aku berusaha menjadikan pelajaran itu sebagai sumber pendapatan dan harta aku. Berbalik kepada cite budak-budak ni. Kalau mereka tidak sedar betapa penting pelajaran kepada mereka aku fikir pihak masyarakat dan golongan yang terpelajar wajar menggembleng tenaga bersama untuk menyedarkan budak-budak ini betapa pentingnya pelajaran kepada mereka. Beberapa aspek perlu diketengahkan untuk menjadikan mereka minat untuk mendekati pelajaran. Tidak perlu pendekatan secara kasar dan keras untuk mengajak budak-budak ni hampir kepada pelajaran sekaligus dapat membendung masalah sosial yang makin menular dalam masyarakat kita. Tidak perlu kita menejar mereka keliling padang untuk mengajak mereka ke arah kebaikan. Gunakan kaedah yang lebih halus untuk menarik golongan ini ke arah meminati pelajaran dan mengelak mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Beberapa kaedah yang sesuai perlu dilakukan seperti kaedah yang aku rasakan sesuai digunakan ini :

1. Dekati mereka dengan mengikut minat dan kehendak mereka. Kalau mereka hampir terjerumus dalam kancah gejala sosial kita tarik mereka bagai menarik rambut di dalam tepung. Jangan rambut putus dan tepung tidak terabur.
2. Cuba untuk mengenali mereka dengan sepenuhnya. Jangan sesekali menganggap mereka tidak sesuai bergaul dengan mereka. Cuba fahami kehendak dan keinginan mereka.
3. Berikan dorongan dan bantuan kepada mereka untuk kebaikan. Jangan kedekut wang atau idea bagi meningkatkan keinginan mereka kearah kebaikan. Bagi sokongan padu kepada mereka bagi mereka untuk merencana sesuatu yang baik.

Aku dapat bagi pandangan macam ni je. Yang lain-lain kalu de yang baik bolehla bagi kat aku untuk aku utarakan.


BELIA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...