Ahad, 17 Mei 2009

DERHAKA

Mengenai kisah derhaka kepada ibu bapa dan derhaka ibu bapa kepada anak-anak.

Pernah terjadi di zaman Rasullullah SAW seorang bapa datang mengadu kepada Baginda bahawa anaknya menderhakai dirinya kemudian Baginda SWT memanggil anak lelaki itu untuk bertanya mengenai perkara itu.

Anak lelaki itu datng dan Baginda SAW bertanya kenapa anak itu menderhakai bapanya tetapi si anak berkata bahawa bapanya yang menderhakai dirinya.

Baginda SAW bertanya kenapa si anak berkata begitu lantas si anak berkata bahawa bapanya memilih isteri yakni emak si anak bukan dari golongan yang baik-baik.Lalu Baginda SAW bertanya kepada bapa si anak itu betulkah apa yang dikatakan oleh si anak dan bapa si anak itu mengaku perkara itu.Lantas Nabi SAW berkata si bapa menderhakai si anak..

Dalam Islam seorang anak tidak boleh menderhakai ibu bapa tapi ibu bapa juga tidak boleh menderhakai anak-anaknya dengan tidak melakukan perkara yang wajib ke atas ibu bapa kepada anak-anaknya..

Sebagai pemerintah juga tidak bermakna rakyat sahaja yang menderhakai pemerintah tapi pemerintah juga tidak boleh menderhaki rakyat..

Wallahua'lam.

Khamis, 14 Mei 2009

Aku Dan Allah SWT

Panasnya




Panas, panas dan terasa panas..
Air.....Aku mencarimu di dunia ini tapi mampukah aku mencari setitis air di masyar kelak..
Panasnya..Panasnya hari ini yang mampu aku atasi dengan berteduh di bawah pokok atau mencari bilik yang berhawa dingin tapi mampukah aku menahan terik panas di masyar kelak tanpa rahmat Illahi..
Teriknya..Teriknya mentari dunia yang mampu aku payungi dengan payung atau berteduh di bawah teduhan yang indah tapi mampukah aku mencari teduhan yang usang di masyar kelak tanpa rahmat dan keizinan Allah SWT.
Masamnya..Masamnya ketiak ini yang mampu aku wangikan dengan pewangi dunia tapi mampukah aku menahan masamnya ketiak sewaktu menahan terik mentari di ,asyar kelak.
Cemasnya..Cemasnya hati ini menahan panas mentari dunia yang bisa aku hilangkan dengan meneguk air di dunia ini tapi mampukah aku mencari air untuk menahan cemas panasnya mentari masyar nanti tanpa bantuan dari Allah.
Hijaunya..Hijaunya dunia ini yang dapat mententeramkan hati di dunia ini tapi mampukah aku menatap kehijauan di masyar kelak untuk mententeramkan hati di akhirat kelak tanpa rahmat dari Illahi.

Mampukah aku..
Mampukah kamu..
Mampukah dia..
Mampukah kamu wahai pembaca budiman..

Selasa, 12 Mei 2009

Bapa Sejati..

Sahabat aku di negeri sebelah telah lama kehilangan bapa kandung tapi kini setelah lama 'dihilangkan' bapa kandung sahabatku itu kembali semula setelah lama 'diganti' oleh bapa pungutan.

'Bapa Pungutan' sahabatku ini sangat teruk perangainya.Seorang yang suka membuat keputusan sesuka hati dia je.Keluarga sahabatku ini terumbang-ambing setelah kemunculan 'bapa pungutan' ini.Kacau bilau jadinya dengan bantuan bapa saudara sahabatku ini.Sebelum ni bapa saudara sahabatku ni baik dengan bapa kandung sahabatku ni tapi setelah bapa kandung sahabatku ini 'dihilangkan' dia jadi macam hantu.Bagai dirasuk hantu sebab mengikut je semua telunjuk 'bapa punguta' sahabatku ni.

Aku pun sakit hati gak dengan sikap 'bapa pungutan' sahabatku ni.Aku teringin je nak pegi terajang bontot 'bapa pungutan' sahabatku ni tapi apakan daya kuasa 'bapa pungutan' ni lebih hebat dari 'bapa kandung' sahabatku ni.'Bapa puungtan' ni ada backing 'atuk' yang menetap di negeri jiran sahabatku ni.Kira 'bapa kandung' sahabatku ni tak direstui oleh 'atuk' sahabatku ni la gak.

Yang penting kebenaran 'bapa kandung' sahabatku ni terbukti jua dengan keputusan 'kadi negara' aku.Nasib baik 'kadi negara' tak takut pada 'atuk'.Berani buat keputusan yang tidak memihak kepada yang salah.Aku doakan kejayaan 'kadi negara' ni.

Ahad, 10 Mei 2009

ibuuuuuuuuuuuuu

Tuhan Yang Esa ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka di antara kasih kekasihmu

Sebahagian lirik nyanyian Mamat Exist.
lagu yang menarik dan penuh dengan penghayatan yang memberikan keinsafan kepada semua anak yang mengenang jasa ibu yang telah melahirkan, menjaga, memelihara dan menyayangi kita lebih dari nyawa ibu sendiri.

Persoalannya mampukah kita membalas jasa ibu kita?
Jawapan aku TIDAK
Kita tidak mampu membalas sedikit pun jasa ibu kita..Kita cuma mampu menghargai jasa ibu kita dengan pengorbanan kita memjaga, memelihara dan menyayangi ibu kita yang masih hidup dan menjaga, memelihara dan menyayangi ibu kita yang telah tiada..

Bagaimana menjaga, memelihara dan menyayangi ibu kita yang telah tiada sedangkan ibu telah hilang dimata kita?

Senang disebut dan dikatakan tapi kita masih belum mampu mungkin untuk menjalankan tanggungjawab kita itu..

Bersikap baik, berbudi bahasa, menjaga agama Allah SWT an juga melanjutkan perhubungan bersama rakan-rakan ibu kita yang masih ada..

Mampukah kita mengawal nafsu kita dengan dunia ini?
Mampukah kita menghadiahkan ibu kita bacaan al-Fatihah dan al-Ikhlas setiap hari kepada ibu kita?
Mampukah kita menziarahi pusara ibu kita sehari sekali atau seminggu sekali atau sebulan sekali atau yang paling teruk dan ruginya kita setahun sekali?

Artikel ini ditulis untuk menginsafkan diri aku terutamanya dan para pembaca amnya..

Ibu kau sumber inspirasiku..

Khamis, 7 Mei 2009

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan

Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah dalam blog
SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)

Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.

Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.

Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.

Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.

Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.

Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.

Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:

“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.

Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...