Ahad, 14 Disember 2008

jual bli....

mlm tadi aku bermimpi aku gaduh ngn tokei kedai kt kg aku...aku gaduh la tentang harga barang yang mahal dan sikap menipu dalam timbangn..yang menjadi persoalan aku ialah sebab pe aku bermimpi psal harga barang ni????

mungkin la sbb bermimpi ni kerana harga barang yang mahal tapi aku pun xtau la sbb pe harga mahal sbb kos pengankutan dah kurang kata menteri yang 'baik hati' tu..
dah la harga mahal pastu plak harga komoniti mcm getah dan sawit plak jatuh merundum..tah pe la nasib rakyat Malaysia bayo gaji kat menteri-menteri yang bijak bestari ni..
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.BARISAN KABINET MALAYSIA DAN BARISAN KAKITANGAN AWAM MALAYSIA ADALAH KULI ATAU PEKERJA KEPADA RAKYAT MALAYSIA*
*rakyat malaysia ni termasuk penoreh, peladang sawit, pekerja kontrak dan semua yang ada My Kad Malaysia.

coba-cobalah merasai kesusahan orang kampung..cobalah untuk setia pada orang yang melantik kamu wahai bapak-bapak menteri..cobalah fikir cara penyelesaian untuk mengatasi masalah kejatuhan harga komoniti ni..kesian kat orang kampung aku yang rata-rata bertani jew..penoreh jew orang kampung aku..ni dah dekat nk buka skolah ni...aduis sian diaorang.

NASIHAT.....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga......

Ahad, 7 Disember 2008

HarI RayER KuRBank...

menjelma lg ari raya kurban thn ni...best x terkata bila tgk tukang sembelih menyembelih lembu korban dengan penuh rase kesyukuran sebagai menghargai dan mensyukuri nikmat Allah S.W.T..
Tahun ni keluarga aku x buat korban sebab thn ni agak suram sikit suasana ari raye ni..Pak Teh ngn Mak Teh aku ngnn anak sulung ye dapat pakej perlancongan ibadah kt tanah suci mekah..Mak Tam aku plak dah dapat pakej khas bertemu Allah beberapa bln lepas jadi suasana dalam kuarga aku agak pilu..
Jadi thn nie kami sekuarga xbuat la ibadah korban yang setiap thn berlangsung kt umah bapa ngn mak aku..Xde lg la aku nk blk tergesa-gesa dari surau tuk tukar baju melayu jadi baju inggeris..seluar track ngn baju pagoda (baju pagoda ni maybe la baju org cina)..

Pe2 pn kita ptut bersyukur masih dapat meraikan raye korban thn ni tapi aku harap thn ni kurang la dgr manusia yang terkorban.biarla lembu,kerbau ngn unta je jadi mangsa korban..Nasihat aku, berhati-hatilah dijalan raya pada hari raya ni.korbankanlah lembu,kerbau dan unta serta berkorban tenaga menjayakannya tapi jgn korang plak yg terkorban.

Ahad, 16 November 2008

KenAngaN MenGimbau Memori.

Syukur pada Pencipta yang Maha Agung yang menjadikan manusia pelbagai ragam dan pelbagai kehendak mengikut naluri masing-masing. Setiap kehendak manusia akan ditunaikan oleh Pencipta yang Maha Mengetahui akan kehendak setiap hambanya jika manusia itu bermunajat dan memohon kepadaNya, Insyallah akan ditunaikanNya samada cepat atau lambat permintaan itu akan dikabulkan.

Cukup sekadar itu mukadimah yang ingin diutarakan. Hari ni aku terimbau kembali kenangan aku masa belajar dulu. Bukan masa dalam kelas tapi aktiviti luar mewakili IPT yang aku blaja dulu. Walaupun sijil penyertaan x sempat dikeluarkan tapi kenangan ini membuatkan aku rasa begitu gembira sekali. Aku mengikuti Program Berakit Perdana Mahasiswa Sungai Pahang yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Muhammad. Pengalaman yang x dapat di beli dengan jutaan wang. Aku selitkan beberapa keping gambar yang menarik di bawah ni.











Gambar disebelah ni pada waktu pagi sebelum pergi berakit di Sungai Pahang. Bersemangat nak turun pagi ni tapi perasaan gementar pun ada sebab semua yang join pelayarn ni x pernah pun berakit.









Ni gambar pemandangan dari atas kawasan masa hari pelayaran. Terdapat juga kayak yang akan mengiringi kami. Setiap institusi pendidikan yang join program ni bawa kayak sendiri. Jadi setiap institusi ada dua orang yang akan naik kayak sebagai pegawai pengiring.






Rabu, 12 November 2008

sekolah @ tak sekolah??

Alhamdulillah aku berpeluang kembali untuk menulis dalam blog ini.lama aku menyepi tanapa sebab yang aku ketahui. Dalam tempoh dua tiga hari nie aku agal sibuk walaupun tak begitu sibuk sebenarnya. Selepas aku balik keja semalam aku mandi, solat dan terus keluar pegi padang bola kampung aku. Bukan pegi untuk bermain tapi lebih kepada berbual dengan rakan sebaya aku. Semasa berbual dengan kawan-kawan aku, aku terdengarlah perbualan budak-budak sekolah yang sama-sama ada kat padang tu. Lebih Kurang beginilah perbualan mereka:

A : aku pagi td hantaq buku teks.
B : ang antaq buku kt chekgu mana?

A : kat chekgu halimaton.chekgu mana lagi.
B : buku teks kita brapa buah a'?

cukup sekadar tu aku tuliskan apa yang diaorang bualkan.dari topik perbualan ni banyak menyedarkan aku dan mungkin korang yang membaca tulisan ini. Mereka yang berada dalam perbualan ini adalah anak bangsa dan juga seagama dengan kita. Anak-anak yang bakal mewarisi negara ini dan juga mewarisi agama ini. Dari perbualan ini kita dapat lihat anak bangsa dan pewaris agama ini tidak mengambil endah dan tidak menitik beratkan soal pendidikan. Aku akui aku bukan seorang yang bijak dalam pelajaran tapi aku berusaha menjadikan pelajaran itu sebagai sumber pendapatan dan harta aku. Berbalik kepada cite budak-budak ni. Kalau mereka tidak sedar betapa penting pelajaran kepada mereka aku fikir pihak masyarakat dan golongan yang terpelajar wajar menggembleng tenaga bersama untuk menyedarkan budak-budak ini betapa pentingnya pelajaran kepada mereka. Beberapa aspek perlu diketengahkan untuk menjadikan mereka minat untuk mendekati pelajaran. Tidak perlu pendekatan secara kasar dan keras untuk mengajak budak-budak ni hampir kepada pelajaran sekaligus dapat membendung masalah sosial yang makin menular dalam masyarakat kita. Tidak perlu kita menejar mereka keliling padang untuk mengajak mereka ke arah kebaikan. Gunakan kaedah yang lebih halus untuk menarik golongan ini ke arah meminati pelajaran dan mengelak mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Beberapa kaedah yang sesuai perlu dilakukan seperti kaedah yang aku rasakan sesuai digunakan ini :

1. Dekati mereka dengan mengikut minat dan kehendak mereka. Kalau mereka hampir terjerumus dalam kancah gejala sosial kita tarik mereka bagai menarik rambut di dalam tepung. Jangan rambut putus dan tepung tidak terabur.
2. Cuba untuk mengenali mereka dengan sepenuhnya. Jangan sesekali menganggap mereka tidak sesuai bergaul dengan mereka. Cuba fahami kehendak dan keinginan mereka.
3. Berikan dorongan dan bantuan kepada mereka untuk kebaikan. Jangan kedekut wang atau idea bagi meningkatkan keinginan mereka kearah kebaikan. Bagi sokongan padu kepada mereka bagi mereka untuk merencana sesuatu yang baik.

Aku dapat bagi pandangan macam ni je. Yang lain-lain kalu de yang baik bolehla bagi kat aku untuk aku utarakan.


BELIA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

Isnin, 3 November 2008

PERjuaNGAN INI tiADA NokhTAH

dlm aku mencari ketenangan utk berjaya dlm hidup ada gk insan yang masih xmengerti tentang erti kehidupan ini...erti sebuah perjalanan yang panjang..kita hidup ni umpama sebuah pelajaran yang jauh..perjalanan yang penuh dgn onak dan duri..perjalanan yang mungkin akan mengarah kita kearah kehancuran atau kearah keselesaan dan kegembiraan yang abadi.ramai yang mengangap hidup ini hanya di sini sahaja sehingga ada yang sanggup meninggalkan ibu, bapa, keluarga dan paling utama meninggalkan agama yang suci lagi diberkati oleh ALLAH SWT..kehadiran email yang mengisahkan kehidupan segelintir manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi memilih nasfu dan iblis sebagai bahan rujukan sehingga sanggup meninggalkan agama ini kerana mengikut kekasih hati yang dilaknat ALLAH SWT.Masyallah...Tuhan sekalian alam.ada yang sanggup membuat laporan POLIS terhadap bapa yang ingin mempertahankan agama anaknya supaya terus kekal dan hidup subur sebagai insan yang mengenal tentang kehidupan yang kekal abadi..Darah bapa mengalir bersama air mata melihat anak yang ditatang dengan penuh rasa kasih sayang hanyut dalam dakapan musuh ALLAH.melihat anak yang disayangi meninggalkan agama ISLAM untuk bersama kekasih yang beragama HINDU laknatullah..sedih betul membaca semua ni..MAHA SUCI ALLAH yang didalam genggamanNYA seluruh alam ini.hindarkanlah bala ini dari terus menerus berlegar dalam negara ini dan dunia ini...pedih hati melihat anak-anak seagama ini terus leka menjalani hidup ini tanpa memikirkan tentang masa depan..Maha Besar ALLAH yang menjadikan insan-insan yang bernyawa di dunia ini sebagai hambaNYA. Tapi sedarkah kita wahai saudara-saudara seagamaku tentang kejatuhan agama ini kerana kelekaan kita sendiri..kita leka mengejar dunia, kita leka mengejar sesuatu yang tidak pasti..

Moga ALLAH SWT merahmati kita dalam kehidupan ini agar kita beroleh kebahagiaan dalam kehidupan masa hadapan yang belum pasti lagi dimana kita akan ditempatkan.Selawat dan salam buat junjungan kita MUHAMMAD SAW dan para keluarga dan sahabat baginda.Janganlah kita kianati sebuah perjuangan yang telah diaturkan oleh baginda dengan terus menerus menghancurkan perjuangan itu..WALLAHHUALLAM

Rabu, 22 Oktober 2008

DRAMA, EPISOD DAN SKETSA KEHIDUPAN

Alhamdulillah aku dah abis peksa kelmarin ngn semlm....Soalan-soalan yang diberikan agak mencabar minda aku yg kosong ni tp berkat kesabaran dan ketelitian aku berjaya buat yg terbaik gk utk pengesahan jawatan dlm perkhidmatan awam...kalu lulus aku syukur la tp kalu fail aku terpaksa repeat kertas semula.

Berckp tentang peperiksaan buat aku terpikir masa blaja dulu..hepi saat blaja bersama kwn2 aku dulu..tntng keriangan, kedukaan, saat berlapar bersama, saat mkn megi yg enak pd waktu tu bersama.

bnyk yg terlintas dlm pikiran aku buat aku tertawa sendirian..buat aku mengalir air mata terkenang waktu lalu..tah la...de org ckp kenangn lama buat kita terpiki tentang sesuatu yg akn menginsafkan kita...kenangan yang blh menjadi satu pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan, erti persahabatan, erti sebuah kepayahan, erti setangkai kasih antara saudara, erti rantaian hidup ini...bnyak yg dpt kita belajar dari pengalaman dan kenangan..pengalaman mengajar kita sebuah episod kehidupan yang tidak akan terulang kembali..corak-corik kehidupan yang akan membuat kita lebih dewasa dari usia kita...pengalaman hidup bukan satu catitan nota utk dinilai tapi satu catatan untuk dihayati dan diingati utk menjadikan kita seorg insan yg lebih menghargai kehidupan dan meninsafi hidup ini...

walau apa pun drama kehidupan kita pada masa lalu, bkan segala yg kita lakukan pd wktu lalu adalah kesilapan yg xbisa kita ubati dan rawati...bkn segala episod drama kehidupan kita harus dikongsi bersama dgn org lain..bkn semua sketsa kehidupan kita lalu bisa dinikmati bersama org lain..

APA YANG PENTING, JADIKANLAH DRAMA,EPISOD ATAU SKETSA KEHIDUPAN KITA PADA MASA LALU SEBAGAI SEBUAH KENANGAN YANG ERINDAH SEBAGAI PELENGKAP KEPADA KEHIDUPAN KITA PADA HARI INI DAN PADA MASA AKAN DATANG.

Ahad, 19 Oktober 2008

Syawal Bulan Kebajikan @ Bulan ............

Dalam bulan penuh keberkatan dan penuh kesyukuran ini yang dikurniakan oleh Allah SAW kepada umat manusia, aku terfikir tentang satu tradisi di negara Malaysia ini. Jamuan makan sempena sambutan Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri.

Alhamdulillah syukur kerana Malaysia diberi kerahmatan dan limpahan rezeki yang mencukupi untuk dirasai dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia mengikut kemampuan masing-masing walaupun masih ada rakyat di negara ini yang masih mundur dari segala sudut.Rumah Terbuka menjadi ruang dan wadah bagi rakyat yang berkemampuan dan berkelebihan untuk sama-sama meraikan insan yang masih kurang berkemampuan dalam kehidupan ini.Melalui rumah terbuka ini juga kita rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dapat merasai bersama juadah yang mungkin sebahagian dari kita tidak mampu untuk merasainya dengan menggunakan duit poket sendiri.

Rumah Terbuka juga dapat menggambarkan kemurahan dan sifat menghargai antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk di negara ini..Artikel pendek ini mungkin kurang info tapi dapat memberikan sedikit mesej kepada kita rakyat Malaysia erti kesyukuran pada anugerah Illahi.

PengEnaLan...

dalam mencari sebuah kehidupan yang diingini kita selalu tewas dengan godaan yang tercipta bagi menyesatkan kehidupan yang sementara ini...kehidupan yang belum menjanjikan kebahagiaan hakiki, kehidupan yang mencacatkan hati nurani kita...kehidupan yang mencalarkan nilai-nilai kita sebagai insan yang diamanahkan oleh Pencipta untuk memakmurkan dan menjadikan dunia ini sebagai pentas untuk kita mencari rahsia keagungan Illahi...Pentas untuk mencari keradhaan Illahi...Pentas untuk kita mencari tapak bagi syurga yang dijanjikan oleh Yang Maha Agung...Pentas untuk kita mengajak umat manusia ke arah yang makruf dan bersama-sama mencegah umat manusia dari kemungkaran...

Moga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Kita Sebagai Manusia Yang Kerdil Dalam Rumah Dunia Yang Penuh Dengan Dugaan Ini...Semoga Perjuangan Para Mujahid Islam Di Seluruh Dunia Mendapat Pertolongan Dan Keberkatan Dari Illahi Dalam Perjuangan Mereka...
ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...