Ahad, 23 Ogos 2009

Nilai Sebenar Cintamu Padaku..

Apa ke bodohnya seorang manusia yang terlalu ego sehingga menilai orang lain lebih buruk atau kurang dari segi segalanya dari dirinya. Adakah seorang lelaki yang terlalu ego ini mungkin menyalahertikan niat baik orang lain?

Aku ungkapkan lelaki ini sebagai orang yang gila! Gila bayang! Gila sehingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain tanpa mengerti nilai segunung maruah. Nilai kehormatan diri orang lain. Nilai sebuah titian persahabatan, nilai sebuah keharmonian, nilai sebuah perpaduan, nilai sebuah erti harga diri.

Aku masih memendam rasa dengan apa yang telah terjadi pada diriku. Adakah salah aku ingin membantu tanpa memendam perasaan lain selain hanya ingin membantu. Bodoh lelaki yang tidak mempercayai pasangan sendiri. Bodoh seorang lelaki yang terlalu ego sehingga menjadikan seorang wanita menangis tersedu-sedu.

Adakah dia menilai setitis air mata wanita?
Apakah dia mengerti nilai air mata wanita itu?

Cuba nilai dan perhatikan nilai itu. Tidak bolehkah dia bertanya sedikit secara lembut apa yang sebenarnya terjadi?

Salahkah dia membuang ego bagi memberikan sedikit ruang kepada wanita itu bersuara? Cinta bukan hanya dinilai dari ungkapan 'Aku sayang kamu', 'I love u', 'kau yang kucintai' atau lain-lain ungkapan yang biasa didengar dari seorang kekasih.

Nilai sebenar cinta bukan pada tiap-tiap hari meng'ganggu' si kekasih dengan panggilan manja. Bukan hanya dengan ungkapan 'racun' SMS yang boleh dimanipulasikan oleh sang kekasih.

Nilai sebenar cinta adalah keluhuran hati dalam memahami nilai cinta itu. Berkorban sedikit kepayahan dan kesenangan dalam mendalami cinta itu yang sebenarnya. Jadilah seorang kekasih yang memahami nilai cinta. Cinta bukan sekadar ungkapan tapi cinta dalah perwatakan.

Aku malas nak menghuraikan nilai cinta yang sejati. Aku bukan sang pen'jiwang' yang tahu nilai cinta. Yang aku tahu hanya untuk membahagiakan pasangan aku. Siapa dia pasangan aku masih dalam penantian. Cukuplah celoteh pelepas geram aku.

1 ulasan:

hadiah berkata...

bawa2 la bersabar..

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...