Khamis, 10 Disember 2009

Terimalah Aku Seadanya

Penilaian kita kepada orang lain bukan hanya pada perkataan pertama yang di ucapkan tapi dari keikhlasan ucapan yang dilontarkan. Kita tidak seharusnya mengambil perkataan pertam yang dilontarkan tapi kita perlu menilai dan menghayati perkataan lain yang diluahkan. Mana mungkin kita boleh meletakkan keputusan orang lain dengan keputusan yang kita buat.

Bengong dikatakan kita membuat keputusan dalam hidup orang lain. Apa yang orang ucapkan kita perlu nilai dahulu, jangan hanya sekali dengar kita buat keputusan orang tu tak sukakan kita. Nilai dari segi layanan, dari segi kemesraan, dari segi keikhlasan hati dia melayan kita sebelum ini. Jangan hanya satu perkataan atau ayat membuatkan kita menjadi jauh dari dirinya. Jangan kerana sedikit kesilapan dia pada kita membuatkan hubungan yang mesra, romantic, penuh dengan bunga-bunga cinta, penuh dengan kasih saying terlerai begitu sahaja kerana keegoan, sikap kita yang tidak memikirkan kesan jangka panjang dalam hubungan kita dengan insan yang mencurahkan segala kasih sayang dan harapan kepada kita terburai begitu saja.

Dalam hubungan tiada yang sempurna. Tiada yang mampu memberikan 100% kesempurnaan kepada pasangannya walaupun insan itu seorang nabi yang dicintai. Saidina Aisyah R.A pernah merungut pada Baginda Muhammad S.A.W mengenai hubungan mereka, layanan baginda kepada beliau yang kurang berbanding isteri pertama Baginda, Saidina Khadijah. Memang lumrah dalam kehidupan dan hubungan suami isteri, kekasih yang bercinta, kawan yang baik tiada yang sempurna kerana manusia itu penuh dengan kelemahan yang tak terjangka oleh kita. Pasangan betul-betul memahami sahaja yang boleh menilai kesempurnaan itu menurut kemampuan pasangannya. Terimalah pasangan kita seadanya, biar dia tak mampu memberikan 100% kesempurnaan tapi cukuplah dia mampu memberikan kebahagiaan dalam hubungan kita. Biarlah pasangan kita itu mampu membuat diri kita tersenyum selalu, cukuplah sekadar dia mampu menghiburkan hati kita sewaktu kita kemurungan, cukuplah dia mampu membelai diri kita waktu kita kesakitan, cukuplah dirinya mampu menjadi teman waktu kita kesusahan, cukuplah dirinya mampu menyapa kita sewaktu kita kesunyiaan.

Bagi diriku yang bengong dalam hubungan ni. Cukuplah aku mampu melihat dia tersenyum setiap masa yang akan membuat aku berasa lebih yakin untuk berdiri, cukuplah aku mampu menemani dirinya sewaktu dirinya kesepian, cukuplah diriku mampu membelai dirinya sewaktu dirinya meraung kesakitan, cukuplah diriku sentiasa hadir dalam dirinya sewaktu dirinya kesusahan, cukuplah diriku sentiasa ada sewaktu dirinya sakit atau suka. Memang aku bukan berbakat dalam nyanyian, aku bukan berbakat dalam musik, aku bukan berbakat dalam semua bidang. Tapi percayalah aku sentiasa ada dalam menghadapi rintang hidup bersama dirinya.

Percayalah sayangku, aku berusaha mendampingi dirimu tika kau resah, terimalah aku seadanya jika kau ingin bersamaku lagi. Aku bukan insan yang sesempurna yang kau inginkan.

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...