Isnin, 7 Disember 2009

Cita-Cita TIme SEKolah ReNDah

Malas nk tulis banyak tapi aku memang bosan sejak dua menjak ni.
semua yang aku buat disulami oleh keboringan..
makan boring..tido boring nak drive keta lagi la boring..kadang-kadang fantasi aku bagus gak..aku piki nak cipta sebuah keta yang guna semua jenis sensor..boleh pusing sendiri..set je nak pegi mana, tekan satu punat trus jalan dan kita sebagai 'pemandu' keta tu just duduk @ tido jew dalam keta..xpayah tekan minyak, tak payah pulas stereng dan lain-lain lagi la kelengkapan untuk menggerakkan keta tu..kadang-kadang fantasi memberi kita inspirasi untuk jadi lebih baik dari hari ni..

Jom kita kembali ke zaman kanak-kanak dulu..masuk ja sekolah rendah soalan yang jadi kegemaran cikgu sekolah time aku dulu era 90-an ialah...

Cikgu : Kamu nak jadi apa bila besar nanti
Murid : nak jadi cikgu, cikgu
(ni time dialog darjah satu)

darjah dua plak
Cikgu : Apa cita-cita kamu bila besar nanti
Murid 1 : Askar cikgu sebab pakai senapang.
Murid 2 : Jadi Polis cikgu
Murid 3 : Jadi Bomba cikgu
Murid 4 : Jadi Posmen cikgu
(ni ayat bila dah kenal badan uniform)

Darjah 3
Cikgu : Kamu nak jadi apa bila besar nanti
Murid 1 : nak jadi ustazah
Murid 2 : nk jadi doktor cikgu
(ni ayat bila dah kenal sikit dunia)

Darjah 4, ni terer sikit sebab baru pas ambik PTS (Penilaian Tahap Satu)
Cikgu : Kamu nak jadi apa bila besar nanti
Murid : nak jadi engineer cikgu (padahal bidang tugas engineer pun xtau lagi)

Darjah 5
Masa ni cita-cita dah berubah dah, dari yang bengap kepada yang reti sikit, maklumlah ramai yang dah baligh, budak laki pun dah mula gatal-gatal. Yang perempuan lagi laa... dah nampak penyakit kat dada tu..

Cikgu : Cita-cita kamu semua nanti nak jadi pe?
Murid : Jadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara ( ni ayat bagi yang kuang ajo sikit)

Darjah 6
Time ni korang cuba ingat balik pe cita-cita korang dan cube bagi kat aku..

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...