
Hakikat Cinta Bersemi Abadi
Yang dicari bukan putera raja,
Biarlah putera agama.
Yang diimpi biarlah tak punya rupa,
Asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani,
Asalkan sihat ruhani, sempurna hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
Asalkan perjuangannya ada semangat.
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang,
Kerana aku serikandi dengan silam yang kelam,
Yang dinanti, bukan lamaran permata,
Cukuplah akad dan janji setia,
Dan yang akan terjadi,
Andai tak sama kehendak hati,
Aku redha kehendak Illahi.
2 ulasan:
aku setuju ni..tp tmbah lagi satu ja tuk aku la aku nk seorang yang melengkapi aku..contoh nye la, aku ni jenis cuai, cemerkap then kalu bole aku nk lelaki yang teliti..lebe kurang cmtu ar..hee
ok bel...nant aku try tambah dlm artikel aku yg len
Catat Ulasan