Selasa, 30 Mac 2010

Kerja Kecil, Gaji Besar

Amalan kecil..besar pahala
“Lelaki ini telah melakukan amalan kecil, namun diberi pahala yang besar”. (Hadis Rekod Imam Muslim)

"Janganlah kamu memandang rendah akan satu-satu kebaikan " (Hadis direkodkan Imam Bukhari dan Muslim"
Ramai org islam trlalu memandang kebajikan dan amalan besar hingga melupakan bahawa dalam islam ada juga

amalan2 yg dianggap kecil dan remeh,namun ianya memberikan pahala yg besar,malah mudah dilakukan dgn mudah.

ANtara amalan kecil ialah :
1. Zikir .

“Dua kalimah yang ringan pada lisan, namun berat dalm timbanganmizan, dan disukai oleh Ar-Rahman : Subhanallahil ‘azim, Subhanallahiwa bihamdihi” – Rekod Bukhari dan Muslim.

Zikir adalah amalan ringan dan mudah.Boleh dilakukan dengan lidah atau dalam hati.
Zikir trbaik adalah zikir2 yg diamalkan Baginda saw sepanjang hayat.Sbg rujukan sila rujuk buku Al-Azkar karangan Imam Nawawi .Buku trsebut memuatkan jutaan zikir yg diamalkan Baginda saw dan 95% hadis2 yg ditulis dan diambil oleh Imam Nawawi adalah hadis sahih dan hasan ,manakala bakinya hadis dhaif.

2.Senyum.

Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Senyum adalah amalan kecil n mudah......namun ramai muka mati n kedekut senyum...

3.Bergurau.

Zaid bin Aslam berkata, “Seorang wanita yang disebut Ummu Aiman datang
kepada Nabi saw. dan berkata, ‘Suamiku mengundangmu.’ Nabi menimpali
(dengan nada bergurau), ‘Siapakah ia? Apakah ia yang di matanya ada putih putihnya?’
Wanita itu berkata, ‘Demi Allah, tidak ada putih-putih pada matanya.’
Beliau menjawab, Thenar, pada matanya ada putih-putihnya.’ Ia berkata, Tidak demi Allah.’ Beliau menjawab, Tidak ada seorang pun kecuali di matanya ada putih-putihnya.’” Beliau memaksudkan putih biasa yang melingkari kornea mata, tetapi wanita itu memahaminya sebagai putih di tengah-tengah mata yang berarti lelaki tersebut terkena penyakit mata semacam katarak.

Baginda adalah suka bergurau dan bergurau adalah perlu trutama bg suami isteri. Namun perlu diingat,bergurau perlu d atas perkara benar dan betul semata2,bukan perkara tipu dan bohong.

4.Melebihkan kuah masakan.

Sabda nabi
"Wahai Abu zar ,apabila kamu memasak masakan, maka lebihkan kuah dan berikan jiran2 kamu "
Imam Muslim

Ramai org memasak mcm2 masakan n membuang sia2....
adalah mudah dapat pahala dgn memasak n berikan jiran2....

5.Ingat mati
sabda nabi

Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan(maut)
Nasai Tarmizi ibnu hibban Ibnu Majah

Ingat mati adalah amalan yg menjadikan kita sentiasa bersedia...
Ingat mati menjadikan kita sentiasa menambahkan ibadat sepnjg masa...
Ingatlah mati...

6.Bersalam

‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanyadiampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)

amalkan bersalam..bersalam amalan baik n menggugurkan dosa...apabila dosa gugur,maka bertambah pahala...

7.Selawat.
“Siapa yang bershalawat kepadaku saat pagi
sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan
mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat”.

Diriwayatkan oleh Thabrani melalaui dua sanad, salah satunya
baik, lihat Majma’uzzawa’id: 10/120 dan Shahih Targhib dan Tarhib:
1/273.

Selawat adalah amalan kecil n pahala besar...
Berselawatlah ....

8.Memberi.

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:

"Bahwa Rasulullah saw. ketika berada di atas mimbar,
beliau menuturkan tentang sedekah dan menjaga diri dari meminta.
Beliau bersabda: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang
di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah
adalah yang meminta "
Sahih Muslim

Gunakan tangan utk memberi apa2 yg baik.
Mmeberikan sedekah,memberikan bantuan dll.
Tangan adalah nikmat
Gunakan tangan ke arah kebaikan dan pahala....

9.Tunjukkan kebaikan.

Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu
sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan
dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam
ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal
dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.’
(Riwayat Muslim)

Adalah mudah menunjukkan kebaikan.Jk org tanya jalan ke mana2 destinasi,tunjukkan.Ia adalah pahala.
Jika ada org berwuduk ttp x sempurna,tunjukkan jalan betul n cara betul.Dapat pahala.
Jika ada kwn2 sdg mengumpat,bacakan ahdis ttg dosa besar mengumpat.Dapat pahala...

Jadilah penunjuk ke arah kebaikan.Setiap kebaikan adalah pahala...

Jika ada kawan minta arah kedai nombor ekor,tunjukkan jalan ke Balai polis..

10.Menggembirakan org lain.

"Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat
fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati
saudaranya sesama Islam’
Hadis riwayat Imam Baihaqi

Kita perlu gembirakan org lain.Teman,rakan ,guru,ibu bapa,anak,pasangan dll.
Jangan meyedihkan org lain...
Gembirakan mereka..
Kegembiraan yg anda berikan adalah hadiah
yg amat besar nilainya dan pahala besar menanti anda...

11.Sabar dgn ujian.

Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai
dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah
jika mencintai suatu kaum, maka Ia akan mengujinya,
barangsiapa yang ridha akan ujian itu maka baginya
keridhaan Allah, dan barangsiapa yang marah/benci
terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan
Allah.” (Hadits hasan menurut Tarmudzi).

Allah uji kita mcm2..sakit,sempit rezeki,pasangan baran n mcm2 lagi ujian...
sbg manusia lemah kita sabar dgn ujian n pahala besar dr Allah...

12 dan 13 .Memberi makan dan mmberi salam

Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah,
Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan
salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

beri makan mmg mudah.Berikan maid makan dapat pahala.beri kelurga makan dapat pahala.
beri org mskin makan pn pahala.beri kucing makan pun pahala.
Jika ada sdkt lebih rezeki,makankan org memerlukan.

Begtu jug abg salam.Bg salam bg salam...
kedua2 amalan dapat pahala...ia mudah tp ramai x mahu buat....
14.Tutup aib

Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain,
yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain,
dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa
yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya,
dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan,
Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup
keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)

Tutup aib besar pahala.
Bukan seeprti seorg moderator yg suka mendedahkan keaiban aku dalam board usahawan sdgkn perkara trsebut belum pasti.Malah ianya fitnah dan aku dah doakan petir kpd pemfitnah.

Belajarlah tutp aib org lain.....
Allah berikan pahala besar dan berganda....

Wali Allah Ibrahim Adham bermadah...
Bgmana Allah ingin kabulkan doa kita jk kita bangun pagi2 n mencari aib org?

16.Konsisten

"Amal yang paling dicintai Allah adalah yang
ber-kesinambungan meskipun sedikit." (HR. Al-
Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu
Majah dan Ahmad)

Ramai org islam isnin cakap benar,selasa cakap bohong...
ramai juga bulan Ramadhan rajin bc qURAN,LPS rAMADHAN QURAN DALAM ALMARI...
itu tidak konsisten...

17.Menangis takutkan Allah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangiskerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut rambut
matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t.mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelairambut."

Ramai org islam mennagis..menangis tgk filem hindi...
mennagis hilang henpon...
namun jarang menangis takutkan Allah...
18.Meninggalkan yg tidak berfaedah.

"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi

Dalam kehidupan kita,pelbagai perkara dilakukan...namun tidak semuanya mmbawa kebaikan dan sia2...
Ada yg berbual di kedai kopi n main dam sampai 10 kali naik haji....

Hidup ini adalah singkat..lakukan perkara brfaedah...

19.Bersih

"Kebersihan sebahagian drpd iman "
Hadis rekod Imam Muslim.

Bersih adalah iman,iman mendatangkan pahala...
apa nak jadi dgn org islam?
Sampah di mana-mana....makan buang,makan buang..
Naik kereta buang kulit rambutan kat highway...
ada motosikal trgolek sebab langgar kulit rambautan...

Bersih adalah sifat mulia dan mendatangkan pahala...
Bersih di mana-mana.....

20.Sampaikan hadis.

Dalam Shahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah saw.
bersabda,
"Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat dan tidak apa-apa kalian meriwayatkan dari Bani Israel. Barangsiapa dengan sengaja berdusta atas namaku, maka bersiaplah mengambil tempatnya di neraka."
(HR Btikhari, Tirmidzi, dan Ahmad)


Sbg suami..sampaikan ilmu kpd isteri...
ibu bapa smpaikan ilmu kpd anak2...skdr apa yg kita tahu...
Ramai suami meliah isterinya membuka aurat dan tahu jelas membuka aurat dosa besar namun tidak sesekali
mmbacakan hadis ttg dosa mmebuka aurat...
adakah itu suami yg menepati islam??

Hidup menjadi pndakwah..tanpa mengira usia atau status...
Dakwah adalah wajib kpd setiap org islam...Dakwahlah skdr ilmu yg kita ada....

21.SUka memuji

Rasullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya :
“Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat
lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)”. (HR. Muslim)

Ramai suami makan sedap masakan isterinya tp tidak memuji kesedapan...
asyk naik angin je bila makanan x sedap...

Bgtu jg ramai ibu bapa tidak memuji anak2 bila ank mnunag sampah dll...

Pujian memotivasikan seseorg..Pujian jg memberikan pahala krn membawa ke arah positif...


22.Sujud mendapat berita gembira.

“Nabi saw apabila ada sesuatu yang menggembirakan atau menyenangkannya, beliau bersujud, pertanda syukur kepada Allah Yang Maha
Suci dan Maha Tinggi”.261

261. HR. Ashhabus Sunan, kecuali An-Nasai, lihat Shahih Ibnu Majah:
1/233 dan Irwa’ul Ghalil, 2/226.

Setiap waktu ada kegembiraan...Kegembiraan naik gaji,kegembiraan sembuh penyakit, kegembiraan dapat anak dll...
Kegembiraan perlu disusuli dgn sujud sbg merendah dr n syukur kdp Allah....

24.Sedekah anggota badan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

"Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau
berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,
engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya
adalah sedekah"

Allah Maha Pemurah....

25.memilih teman baik.

"Perumpamaan teman yang shalih dan teman
yang jahat adalah seperti orang yang berteman
dengan penjual minyak wangi dan tukang
besi." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Hidup perlukan teman..jauhi teman baik pd nama tp jahat di sisi Allah..
Pilihlah teman2,jiran2...
Pilihlah..kita mmpunyai hak memilih...
kenapa pilih si pengumpat dan pemfitnah sbg teman?
kenapa pilih pemakan riba?kenapa pilih pelacur?
Ramai manusia boleh dijadikan teman..
pilih tmena baik2..mrk akan membantu kita kpd keredaan Allah....

26.Jangan mengintai

YG suka skodeng2..bertaubatlah...

Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu
lubang ke dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban
di kepalanya. Setelah ia perasan ada yang mengintai latu Rasulullah berkata,
"Kalaulah aku tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk
mata kamu melalui lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan
itu disebabkan pandangan mata".
Bukhari Muslim Nasaei Tarmizi


skodeng2 ,mengintai2 berdosa..jika ditinggalkan dapat pahala..
x nak pahala?trserahlah!

27.Mempelajari Quran dan mengajar.

"Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya."
(HR Bukhari dan Abu Daud)

Raamai suami tidak mengajarkan Quran kpd isterinya
Ramai ibu tidak mengajarkan Quran kpd anak2
menyerahkan kpd ustaz,ustazah
algkah indah jk ibu bapa dapat mengajar anak2 Quran
menanam benih quran dan kasih sayang dlm jiwa...

yg tidak pandai,belajarlah..belajarlah...
Tidakkah menuntut ilmu itu wajib???

28.Berlemah lembut,kasih sayang dan caring dgn anak2.

Aku pernah masuk bersama Abu Bakr menemui keluarganya. Ternyata ‘Aisyah putrinya sedang terbaring sakit panas. Aku pun melihat Abu Bakr mencium pipiputrinya sambil bertanya, ‘Bagaimana keadaanmu, wahai putriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)

Itulah contoh seorg sahabat mithali hadhari...

29.Romantik suami isteri.

Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku."
Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)

Nabi pun romantik....
wlu isteri dalam haid...
Mengapa kita tidak???

30.Taat suami.

Sabda nabi "Taatilah suami,sebab suamia dalah syurga atau nerakamu "
Imam Tarmizi.

Isteri wajib mentaati suami..ketaatan diberikan pahla..
Jgn taat mmbabi buta..
Jk suami suruh menipu,jgn taat.
Jk suami suruh buka aurat,jgn taat.
Jk suami suruh makan riba,jgn taat.
Jk suami suruh mmfitnah,jgn taat.
Jk suami suruh makan wang haram,jgn taat.

Taatlah perkara kebaikan......

31.Menjauhi riba.

Nabi SAW bersabda : Ertinya : "
Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti
seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-
Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut
syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Ada bank islam,kenapa guna bank riba?
ada akaun islam,kenapa guna akaun riba?
Riba riba riba.....

Berubahlah...
beli kereta guna riba,akaun bank riba,beli rumah riba,
semua riba...beli perabot riba,beli tv riba...kenapa?
Tidakkan kita punya pilihan???

islamisasikan kehidupan kita agr jauh dr riba....

32.Menjauhi dosa2 kecil.

“Hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil,
kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang, maka pasti akan merosakkannya
(akan menjadi dosa besar).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dosa2 kecil trlampau banyak.....
setiap hari akan bertemu..
banyakkan isgtighfar,wuduk,taubat
agr ia tidak berkumpul2 n berlambak2...
Jgn biarkan ia bertambah2...bila brtmbah2....
semakin banyak n banyak....
kalu dosa banyak sudah tentu
tabung paahala menjadi ringan....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

very good !

ABDULLAH berkata...

sungguh bgs.. dari mana dpt sumber?
boleh sy share di blog?

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...