Isnin, 9 Februari 2009

Sedikit Petikan Puisi DR. MAZA

ITULAH POLITIK NAMANYA..

Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat bekerja,
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah,

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak,
Jika kamu berkereta mewah, aku kata; itu duit rasuah

Jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju,
Jika kamu bercakap kasar, kataku; mereka memang perlu diajar,
Jika kamu cakap berputar, aku kata; mereka itu yang celupar,
Jika kamu berdusta, aku kata; bohong mereka lebih berganda,
Jika kamu bersumpah, aku kata; itu tanda mereka bersalah,
Jika kamu berdansa, itu hanya untuk rakyat bersuka

Jika kamu seteruku, semua tindakanmu aku palu,
Jika kamu bercakap lunak, aku kata; kamu memang nak berlagak,
Jika kamu bercakap lurus, aku kata; harapan kamu dah putus,
Jika kamu bercakap benar, aku kata; kamu hanya buat kelakar,
Jika kamu bersumpah, aku kata; kamu memang telah diupah,
Jika kamu berzikir, aku kata; kamu hanya menyindir

Musuhku semuanya haram’
Pilihanku semuanya harum,

Ajaran Tuhan: jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan,
Jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan,
Hukumlah ikut firman dan alas an
Ajaran Syaitan: hukumlah ikut perasaan dan kebencian
Lihat dulu lawan atau kawan
Bukan kata Tuhan atau sabda Junjungan

Maka duniapun bertukar,
Hokum menjadi putar-putar,
Siapa sahabat, maka dia diangkat,
Siapa tak sepakat, maka dia musibat..

Pilihanku semuanya ditabal mulia,
Pilihanmu semuanya ditabal celaka,
Tanya mereka; mengapa begitu jadinya?
Jawabku; itulah politik namanya..



Seribu ampun dan maaf kepada Bekas Mufti Perlis Yang dikasihi SS DR. Mohd Asri Bin Zainul Abidin kerana memuatkan puisi ini tanpa kebenaran beliau..Hanya untuk mengingati pelayar blog ini..
Kepada yang berminat untuk mengikuti lebih lanjut tentang persoalan agama, kritikan dan lain-lain dari SS DR. Mohd Asri Bin Zainul Abidin sila layari :

http://drmaza.com/home/

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...