Rabu, 19 September 2012

Taklimat Selepas Audit 5S

Taklimat selepas audit 5S jabatan... Lepas dah satu bab dalam Jawatankuasa Latihan Amalan 5S yang aku terajui..ada input atau feedback yang membantu aku dalam melaksanakan latihan berterusan kepada ahli 5S jabatan aku.. Bagi aku taklimat tadi berjaya merungkaikan sebahagian permasalahan yang timbul dan membantu sedikit sebanyak aku untuk merancang lebih banyak brosur dan lain-lain perkara untuk meningkatkan pemahaman amalan 5S di jabatan aku.. Walaupun aku hadir dalam kelompok awal 5S dahulu tanpa sebarang ilmu tentang 5S tapi hari-hari yang mendatang setelah aku kaji, curik, paw dan cilok perkara-perkara asas 5S dari pelbagai agensi kerajaan dan orang perseorangan akhirnya apa yang aku cuba sampaikan berjaya (aku fikir begitu dengan pemahaman yang zero tentang 5S. 5S bagi aku sesuatu yang menarik.. Perkara asas yang kita perlu tau mengenai 5S ialah MEMUDAHKAN DAN MEMBERIKAN KESELESAAN DALAM MENJALANKAN TUGAS ini perkara pokok dalam 5S biarpun S tu mewakili SEIRI (SISIH) SEITON (SUSUN) SEISO (SAPU) SEIKETSU (SERAGAM) SHITSUKE (SENTIASA AMAL) Anda faham perkara pokok dan tujuan pelaksanaan 5S anda akan tau secara automatik macamana nak kendalikan 5S ni.. *Perkara paling asas dalam semua benda di dunia ni --------- SELALU ADA PERASAAN INGIN BELAJAR DAN BERTANYA ---------insyaallah semua bereh *Perkara paling asas dalam kegagalan pelaksanaan --------- SUKA MENGAMPU & SALAHKAN ORANG LAIN -------- Selamat Beramal

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...