Ahad, 18 Oktober 2009

PAPADOM..Erti nilai kasih sayang si ayah



Belum pernah aku tonton sebuah filem yang digarap dengan penuh emosi.Tengok ja filem ni buat aku terasa seperti yang berlaku dalam hidup aku. Terima kasih kepada insan tersayang yang 'memaksa' aku menonton filem ni. Thank you my dear.
Berbalik kepada filem yang memikat hati aku ni..belum pernah aku tonton filem melayu yang membawa maksud yang begitu mendalam dalam fikiran aku. Bukan filem yang seperti kita pernah tonton sebelum ni. Papadom menyingkap erti sebuah kasih sayang sebuah keluarga, bapa yang penyayang, mengingatkan aku kepada arwah ayah aku. aku bagi filem ni Lima bintang kerana nilai-nilai yang ditonjolkan. Bukan sekadar filem yang menghadirkan adegan lucu yang tak terjangka tapi sebuah filem yang dapat mengembalikan nilai kasih sayang yang telah hilang dalam masyarakat kita pada masa kini.

Sekali lagi aku nak ucapakan terima kasih banyak-banyak kepada insan yang tercinta kerana mu aku makin sedar nilai kasih sayang. Terima kasih kerana 'memaksa' seorang yang bukan peminat filem sehingga menjadi pencinta kepada filem ni. Tahniah kepada Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dan paling utama kepada pengarah dan pelakon utama filem ni Saudara Afdlin Shauki.

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...