Rabu, 17 Jun 2009

Urm Enaknya..

Kenyataan yangs sedap didengar dari mulut seorang pemimpin..Perpaduan tapi benarkah perpaduan yang dijaja itu ikhlas?

Tipu saja kalau pemimpin yang hipokrit menjaja semua tu..Demi kepentingan peribadi atau kelangsungan politik peribadi menyebabkan timbul isu penyatuan antara parti politik bagi meneruskan kelangsungan parti politik yang semakin lembik dan tak terdaya untuk meneruskan perjuangan menghadapi survivor politik di negara ini yang semakin matang..

Tak perlu melihat suasana politik di bandar yang dikatakan lebih 'cerdik' berpolitik tapi lihat saja politik di kampung yang dikatakan lebih ketinggalan tapi suasana politik ini lebih menjurus kepada kematangan pengundi dalam memilih politik yang menguntungkan kepada pengundi tetapi lebih dari itu pengundi mahu melihat satu corak politik yang lebih sihat dari segi keadilan, keikhlasan, dan paling penting satu bentuk politik yang memberi impak yang baik untuk kemajuan, keharmonian dan kestabilan negara.

Bukan hanya parti politik yang dinilai oleh pengundi tapi pemimpin yang menerajui sesebuah parti politik yang dapat memberi impak yang baik kepada negara juga dinilai.Apa perlu kepada nama sebuah parti politik yang gah tapi kepimpinan politik yang baik juga memberi impak yang banyak kepada pengundi.

Kembali semula sejarah yang lampau.Kenapa Umno sebuah parti politik yang berjaya memenangi hati para pengundi semasa era itu? Ketokohan Tuanku Abdul Rahman menonjol sebagai seorang pemimpin yang berjaya mengembalikan kedaulatan negara kepada rakyat negara ini.Umno berjaya mengharungi survivor politik negara ini sehingga berjaya mengekalkan kepimpinan negara lebih setengah dekad.Umno menjadi parti peneraju dalam pembangunan, kemajuan dan kelangsungan negara ini sebagai sebuah negara yang berjaya menjadi sebahagian peneraju kepada negara-negara membangun.

Itu dulu tapi kini kita dapat melihat kepercayaan dan pengaruh Umno/BN makin tergugat kerana corak kepimpinan dan masalah dalaman yang melanda parti politik yang berasaskan kaum Melayu ini dalam mengharungi survivor politik negara.Keupayaan Umno sebagai sebuah parti politik berpengaruh makin tergugat menyebabkan Umno kehilangan majoroti dalam paerlimen dan kehilangan 5 negeri termasuk 1 wilayah persekutuan.

Corak kepimpinan yang bersifat perkauman dan berkepentingan menggugat kelansungan parti politik.Penonjolan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih memihak kepada pengorbanan kepada rakyat membuatkan rakyat beralih arah kepada PR.Penonjolan imej membantu rakyat berjaya menangkis penonjolan imej pengorbanan kemerdekaan yang selalu diwar-warkan oleh Umno/Bn.Umno/Bn sepatutnya perlu mengurangkan penonjolan imej kemerdekaan itu dan lebih berusaha memenangi hati rakyat dengan penonjolan imej berbakti dan tidak memikirkan keperluan poket sendiri untuk berjaya mengharungi gelombang rakyat yang sedang bergelora dengan agenda penyatuan dan permaufakat, keadilan dan kesaksamaan.

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...