Rabu, 11 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul




Sambutan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah berlalu tapi apakah iktibar dari penghayatan sambutan ini kepada kita?

Adakah hanya sejarah kelahiran baginda pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun Gajah sahaja yang kita ingat..Kelahiran yang memadamkan api di Istana Parsi yang tidak pernah padam selama 1000 tahun, atau kelahiran yang menyaksikan pengucapan kalimah memuji kebesaran Allah dari mulut baginda selepas dilahirkan atau penyaksian Ibunda baginda Siti Aminah yang menyaksikan cahaya bersinar sewaktu kelahiran baginda.

Kalau itu sahaja yang menjadi ingatan kita sebagai muslim yang mengakui kerasulan baginda, memang kita bukan seorang yang benar-benar menghayati perjuangan baginda..

Pernah kita terfikir kerasnya batu kelikir di padang pasir yang menusuk telapak kaki baginda sewaktu berhijrah ke Kota Madinah...

Pernah kita mengingati betapa peritnya ketika batu yang keras menghinggapi kepala baginda ketika berdakwah kepada kaum jahilliyah..

Pernah kita mengingati peristiwa baginda hampir dibunuh sewaktu malam kelam sebelum berhijrah ke Kota Madinah..

Mungkin kita lupa pada luka-luka di badan baginda sewaktu bertempur menentang kafir Quraisy sewaktu perang Uhud yang menyaksikan kekalah tentera Islam kerana ketidakpatuhan pada Panglima Perang yang kita kasihi Muhammad SAW..

Itu sebahagian kecil dari peristiwa yang dapat aku rungkaikan kepada pelayar semua..

Ramai yang akan cakap aku menghina tapi aku mengutarakan semua ni sebab aku tau ramai yang lupa pada sejarah Islam..Lupa pada perjuangan Baginda memsyiarkan Islam di muka bumi ini..

Buktinya..Mudah dan ringkas..

Berapa ramai yang menghayati prinsip persaudaraan dalam Islam?

Berapa ramai yang ingin melihat syiar dan syariat Islam subur di bumi Malaysia ini?
Ramai penentang dari golongan penguasa yang mengetuai gerakan menghalang syariat Islam dilaksanakan di bumi Malaysia ini..

Berapa ramai yang menderhaka pada Allah SWT dan Rasulullah SAW tetapi memperjuangkan pentaatan kepada yang lain?

Berapa banyak berapa lagi boleh di rungkaikan disini tapi aku malas nk tulis berapa berapa lagi..

Pandai-pandai la piki sendri...

Tiada ulasan:

ini aku dan untuk aku...
ada aku kesah pendapat korang...